BTC USD 76,519.1 Gold USD 4,357.00
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cuaca panas, ular semakin banyak dijumpai

14159394829282789-368469.jpg

14159394829282789-368470.jpg

14159394829282789-368471.jpg

14159394829282789-368472.jpg


#KHIDMATKEMANUSIAAN

ULAR BERJAYA DITANGKAP (KMU)

1 FEBRUARI 2026 (AHAD)
KAMPUNG BUKAU , BEAUFORT .

APM Beaufort telah berjaya menangkap ular tedung selar sepanjang 3 meter seberat 6 kg yang berada di kawasan dapur rumah pengadu .

SYABAS DAN TAHNIAH !

Sumber APM Beaufort
 

14159946785159677-368741.jpg

14159946785159677-368742.jpg

14159946785159677-368743.jpg

14159946785159677-368744.jpg


Penyanyi Nigeria, Ifunanya Nwangene meninggal dunia dipatuk ular tedung di dalam rumah

Agensi
02/02/2026
08:20 MYT

ABUJA: Nigeria digemparkan dengan kematian tragis seorang bakat muda industri muzik, Ifunanya Nwangene, 26, yang meninggal dunia pada Sabtu lepas selepas dipatuk ular di kediamannya, di sini.

Ifunanya yang mula meraih perhatian selepas menyertai program The Voice Nigeria pada 2021, dikenali dengan kebolehannya menggabungkan jazz, opera, klasik dan soul - menjadikannya antara bakat paling menyerlah dalam dunia seni tempatan.

Terdahulu, tular di media sosial rakaman yang menunjukkan seorang pengendali ular mengeluarkan seekor ular dari apartmen mendiang, sambil kedengaran jeritan orang ramai menyebut: "Ular tedung!"

Rakan rapatnya, Sam Ezugwu yang juga pengarah muzik Amemuso Choir, tempat Ifunanya pernah menyanyi menyifatkan penyanyi itu sebagai “bintang yang sedang meningkat dan bakal menggegarkan pentas besar.”
Menurut rakan lain, Hillary Obinna, Ifunanya dipercayai sedang tidur ketika dipatuk.
“Gigitan itu yang mengejutkan beliau,” katanya.
Dua ekor ular dilaporkan ditemui di dalam rumah berkenaan.

Mendiang mendapatkan rawatan di sebuah klinik berhampiran, namun tiada antidot tersedia sebelum dipindahkan ke hospital.
Ezugwu bergegas ke hospital selepas dimaklumkan kejadian itu.

“Satu jenis antivenom ada, satu lagi tiada. Dia tidak mampu bercakap… hanya memberi isyarat tangan. Dia sukar bernafas,” katanya.

Ezugwu memandu ke beberapa lokasi untuk mencari antivenom lain, namun ketika kembali ke hospital, Ifunanya sudah disahkan meninggal dunia.

Seluruh ahli koir hadir ke hospital pada malam tersebut dengan harapan “keajaiban akan berlaku.”
Sementara itu, pihak pentadbiran hospital menegaskan, mereka tidak kekurangan antivenom dan proses rawatan diberikan adalah menyeluruh termasuk resusitasi, oksigen, cecair intravena dan antivenom polyvalent.

Mereka memaklumkan, keadaan Ifunanya merosot secara tiba‑tiba sebelum sempat dipindahkan ke unit rawatan rapi.

Kematian Ifunanya menambah siri perdebatan tentang tahap keselamatan pesakit di Nigeria, susulan beberapa dakwaan kecuaian perubatan termasuk kes membabitkan kematian anak novelis terkenal, Chimamanda Ngozi Adichie.

Menteri Kesihatan Nigeria berkata, sistem kesihatan negara itu berdepan “cabaran sistemik” dan mengumumkan pembentukan pasukan khas nasional bagi menilai aspek keselamatan pesakit.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan sehingga 580,000 kes gigitan ular memerlukan rawatan berlaku di Afrika setiap tahun, dengan sekitar 30,000 kematian.

Kebanyakan mangsa tinggal di kawasan luar bandar dengan akses terhad kepada antivenom.

Kematian Ifunanya mengejutkan ramai kerana ia berlaku di kawasan elit Abuja - lokasi yang jarang dikaitkan dengan insiden seumpama itu. - Agensi

Artikel : Astro Awani
 
e6066c7e7b9fb37dae94aa1d20b61d8a6982e97b9f37e


Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) merekodkan kira-kira 140,000 kes kecemasan melibatkan tangkapan ular di seluruh negara sepanjang 2025, iaitu antara tugasan paling tinggi dikendalikan agensi berkenaan.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) APM Ghazali Abd Rahman berkata peningkatan ketara panggilan berkaitan kes reptilia itu dipengaruhi oleh cuaca panas berpanjangan dan pembangunan pesat kawasan berpenduduk, sekali gus memaksa haiwan liar keluar dari habitat asal.

Beliau berkata kebanyakan panggilan diterima melibatkan kawasan perumahan bertanah yang berhampiran hutan, kawasan hijau dan tapak pembangunan baharu, khususnya di kawasan berpenduduk padat seperti Selangor, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

“Ini kerana apabila habitat terganggu, haiwan akan mencari sumber makanan baharu serta memasuki kawasan komuniti. Di Pulau Pinang sahaja merekodkan 8,193 kes berkaitan ular sepanjang 2025, manakala 669 kes dicatatkan bagi Januari lepas yang menunjukkan trend berterusan.

“Kita ambil purata sekitar 8,000 hingga 10,000 kes bagi setiap negeri, jumlah keseluruhan di peringkat nasional memang mencecah kira-kira140,000 kes setahun, menunjukkan kes tangkapan ular bukan isu kecil, sebaliknya melibatkan keselamatan awam secara langsung,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Perbarisan Pembukaan APM Pulau Pinang 2026 di pejabat APM negeri di sini hari ini yang turut dihadiri Pengarah APM Lokman Hakim Abdul Rahman.

Ghazali berkata operasi tangkapan ular tidak boleh dipandang ringan kerana ia memberi impak besar kepada keselamatan awam dan dengan menangkap seekor ular ia sebenarnya berpotensi menyelamatkan keluarga dalam satu kawasan perumahan tersebut.

Mengulas aspek keselamatan anggota, beliau berkata statistik kecederaan semasa operasi tangkapan ular adalah rendah iaitu kurang daripada 10 kes setahun bagi setiap negeri.

“Kebanyakan anggota mematuhi prosedur operasi standard namun penambahbaikan akan terus dilakukan terutama dari segi penggunaan peralatan perlindungan diri serta latihan, khususnya semasa proses pemindahan haiwan bagi mengelakkan sebarang insiden," katanya.

 

14162994545819493-370436.jpg


Ular terpanjang dunia, sama panjang dengan bas


JAKARTA – Seekor ular sawa batik yang ditemui di sebuah kawasan hutan di Indonesia tercatat dalam Guinness World Records kerana memiliki panjang lebih 7 meter (23 kaki), lapor portal berita Money Control.

Dinamakan Baron, ular sawa betina itu mencatatkan rekod ular terpanjang dunia.

Baron memiliki berat hampir 96 kilogram dan 7.22 meter panjang, menyamai panjang sebuah bas.


Pencapaian itu dibuat selepas Baron diukur menggunakan alat khas. Pengukuran tersebut dilakukan dengan teliti mengikut prosedur saintifik yang ketat. – AGENSI

Artikel : Kosmo Online
 
14165117839808381-371256.jpg

14165117839808381-371257.jpg

14165117839808381-371258.jpg

14165117839808381-371259.jpg


ULAR TEDUNG SELAR SEPANJANG 1 METER DITEMUI BERSEMBUNYI DI TAYAR KERETA PENDUDUK TG MANIS

TG MANIS, 9 Februari – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Tanjung Manis berjaya menangani satu kes Khidmat Menyelamat Ular (KMU) melibatkan seekor ular Tedung Selar di kawasan Perumahan Lama Tanjung Manis, petang.

Panggilan kecemasan diterima daripada orang awam pada jam 1.15 petang sebelum tiga anggota APM digerakkan ke lokasi. Ular tersebut ditemui berada di bahagian tayar belakang sebuah kenderaan milik pengadu dan berjaya ditangkap menggunakan kaedah menyepit tanpa sebarang kecederaan.

APM Sarawak
Jabatan Perdana Menteri
Mohtar Samat
Pusat Pertahanan Awam Sarawak
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia

UNIT PERHUBUNGAN AWAM DAN DOKUMENTASI APM TANJUNG MANIS

Sumbe APM Tanjung Manis
 
14168911944902165-372819.jpg

14168911944902165-372820.jpg

14168911944902165-372821.jpg


ULAR APA ABG BOMBA TANGKAP TUU😱😱

Nama saintifik ular ni ialah ACROCHORDUS JAVANICUS juga dikenali sebagai Ular Belalai Gajah atau ULAR GUNI BURUK..
KENAPA DIPANGGIL ULAR GUNI BURUK🤔
Ia dipanggil ular guni buruk kerana kulitnya yang longgar,berkedut dan kasar seakan-akan kain guni atau belalai gajah🐘
BERBISA TAK ULAR NI😰
Ular ini tidak berbisa dan tidak berbahaya kepada manusia kerana ular guni buruk biasanya banyak habiskan masa di dalam air seperti sungai,paya dan sawah padi atau di tempat yang sgt lembap dan jarang naik ke darat kerana badannya tidak mampu tampung berat sendiri dan pergerakan sangat-sangat lambat.

Kredit➡️ BBP SEKINCHAN
 


Parit Raja - yang balik kampung hati2 time cuti cny, hati2 driving pakai jalan shotcut
 
14172591943831725-374545.jpg

14172591943831725-374546.jpg

14172591943831725-374547.jpg


Ular kobra 3.2 meter berjaya ditangkap APM


Pegawai Pertahanan Awam Daerah Marudi, Lt. Mirwan Shah Masri, memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada 10.41 pagi, memohon bantuan untuk menangkap reptilia tersebut di 101 Pelita Plantation Sdn Bhd, Sejap Estate, Lot 8, 17 & 3, Batang Tinjar, Baram.

Angkatan Pertahanan Awam dari Skuad Alpha bergerak ke lokasi pada 10.43 dengan kekuatan tiga anggota diketuai L/Kpl (PA) Lydia Nagi Keyai, dengan jarak lokasi sejauah 30 kilomter dari PKOD Beluru.

Setiba di lokasi Skuad Alpha menjalankan operasi selepas diberitahu pengadu kedudukan reptilia tersebut.

Skuad Alpha berjaya menangkap reptilia itu dengan teknik menyepit dan peralatan khas dan selesai menjalankan operasi Skuad Alpha bergerak pulang ke PKOD pada 12.55 petang.

Artikel : Utusan Sarawak
 
14174762692884493-375413.jpg

14174762692884493-375414.jpg

14174762692884493-375415.jpg

14174762692884493-375416.jpg

14174762692884493-375417.jpg

14174762692884493-375418.jpg


Kanak-kanak cedera dipatuk ular tedung senduk

Syaherah Mustafa

Kota Bharu : Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun cedera selepas kakinya dipatuk ular tedung senduk dalam kejadian di Kampung Pulau Panjang, Jalan Kuala Besar, di sini, semalam.

Timbalan Pengarah APM Kelantan, Leftenan Kolonel (PA) Mohd Farid Ishak berkata, pihaknya menerima panggilan telefon pada jam 7 malam, sebelum bergegas ke lokasi kejadian untuk menangkap reptilia berkenaan.


"Seramai empat anggota termasuk pegawai meneruskan misi mencari ular berkenaan yang mana mengambil masa selama lima minit sebelum berjaya menangkap tedung senduk seberat dua kilogram (kg) sepanjang satu meter (m).

"Anggota kemudian menghubungi pihak hospital bagi memaklumkan spesies ular bagi memudahkan proses rawatan lanjut kepada mangsa," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohd Farid berkata, orang ramai turut diingatkan supaya sentiasa berwaspada serta segera menghubungi talian kecemasan sekiranya berdepan situasi ancaman haiwan berbisa bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

Tambahnya, orang ramai dinasihat untuk tidak mengambil tindakan sendiri yang boleh mengancam nyawa serta menyerahkan kes sebegini kepada anggota yang pakar dengan haiwan berbisa.


Artikel : Harian Metro
 
Back
Top
Log in Register