hiduprakyat
CG Top Poster Club

- Messages
- 27,515
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 27,515
- Reaction score
- 1,681
- Points
- 201
30 minit buka mulut ular sawa gigit budak
PEKAN: "Saya terpaksa menggunakan lembing dan dua parang untuk membuka mulut ular sawa batik yang menggigit betis kanan Rafka dengan keadaan cemas apabila badannya dibelit hingga paras leher," kata Ramzi Mohamad Amin, 57.
Dalam kejadian kira-kira 6.50 petang semalam, mangsa, Abdul Rafka Azka Abdullah, 10, hampir menemui ajal selepas diserang ular sawa berhampiran rumah bapa saudaranya di Kampung Temai Tengah.
Katanya, kejadian begitu pantas apabila mangsa yang baharu tiba di rumah abangnya terletak kira-kira 10 meter daripada rumahnya diserang ular sawa seberat lebih 40 kilogram dengan panjang kira-kira enam meter.
"Nukman terlebih dahulu berusaha menyelamatkan adiknya, namun tidak berjaya sebelum dia memanggil saya yang berada di rumah. Saya dan isteri berusaha membuka mulut ular sawa berkenaan namun gagal, tiga taring ular itu tersusuk jari tangan saya hingga berdarah.
"Usaha terakhir kami bertiga ialah menggunakan lembing dan dua parang untuk membuka mulut ular sawa berkenaan, selepas gigitan terlepas reptilia itu mula melepaskan belitan apabila Nukman menariknya," katanya, di sini hari ini.
Beliau berkata, ketika kejadian mangsa hanya mampu meminta tolong, selepas kira-kira 15 minit keadaan mangsa semakin lemah kerana terlalu sakit disebabkan belitan ular itu yang kuat.
Ramzi berkata, sebelum ini beberapa kes membabitkan ular sawa yang menceroboh reban ayam, namun kes serangan terdapat manusia adalah kali pertama berlaku.
Katanya, selepas berjaya memisahkan ular dengan adik yang mengambil masa kira-kira 30, dia segera membawa adik ke Hospital Pekan yang mengambil masa lebih 20 minit.
"Beberapa kali usaha membuka mulut ular itu menggunakan tangan tidak berjaya sebelum bapa saudara menggunakan lembing dan parang.
"Saya berharap kesan luka gigit pada kaki adik tidak serius, doktor yang merawat menyatakan pembedahan akan dilakukan sekiranya gigitan reptilia itu terkena tulang kaki," katanya.
Artikel : Berita Harian