BTC USD 80,892.5 Gold USD 4,393.33
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cuaca panas, ular semakin banyak dijumpai



14144024348539325-362173.jpg

14144024348539325-362176.jpg

14144024348539325-362177.jpg


30 minit buka mulut ular sawa gigit budak


PEKAN: "Saya terpaksa menggunakan lembing dan dua parang untuk membuka mulut ular sawa batik yang menggigit betis kanan Rafka dengan keadaan cemas apabila badannya dibelit hingga paras leher," kata Ramzi Mohamad Amin, 57.

Dalam kejadian kira-kira 6.50 petang semalam, mangsa, Abdul Rafka Azka Abdullah, 10, hampir menemui ajal selepas diserang ular sawa berhampiran rumah bapa saudaranya di Kampung Temai Tengah.


Katanya, kejadian begitu pantas apabila mangsa yang baharu tiba di rumah abangnya terletak kira-kira 10 meter daripada rumahnya diserang ular sawa seberat lebih 40 kilogram dengan panjang kira-kira enam meter.

"Nukman terlebih dahulu berusaha menyelamatkan adiknya, namun tidak berjaya sebelum dia memanggil saya yang berada di rumah. Saya dan isteri berusaha membuka mulut ular sawa berkenaan namun gagal, tiga taring ular itu tersusuk jari tangan saya hingga berdarah.

"Usaha terakhir kami bertiga ialah menggunakan lembing dan dua parang untuk membuka mulut ular sawa berkenaan, selepas gigitan terlepas reptilia itu mula melepaskan belitan apabila Nukman menariknya," katanya, di sini hari ini.

Beliau berkata, ketika kejadian mangsa hanya mampu meminta tolong, selepas kira-kira 15 minit keadaan mangsa semakin lemah kerana terlalu sakit disebabkan belitan ular itu yang kuat.

Ramzi berkata, sebelum ini beberapa kes membabitkan ular sawa yang menceroboh reban ayam, namun kes serangan terdapat manusia adalah kali pertama berlaku.


Katanya, selepas berjaya memisahkan ular dengan adik yang mengambil masa kira-kira 30, dia segera membawa adik ke Hospital Pekan yang mengambil masa lebih 20 minit.

"Beberapa kali usaha membuka mulut ular itu menggunakan tangan tidak berjaya sebelum bapa saudara menggunakan lembing dan parang.

"Saya berharap kesan luka gigit pada kaki adik tidak serius, doktor yang merawat menyatakan pembedahan akan dilakukan sekiranya gigitan reptilia itu terkena tulang kaki," katanya.

Artikel : Berita Harian
 
14146898995055517-363349.jpg

14146898995055517-363350.jpg

14146898995055517-363351.jpg

14146898995055517-363352.jpg

14146898995055517-363353.jpg

14146898995055517-363354.jpg



Pusat Kawalan Operasi Daerah Bagan Datuk menerima 1 x Kes (KMU)🐍 Sumber daripada NG 999 pada jam 1720hrs .

Dengan kekuatan 3 x anggota prebet terus menuju ke lokasi di alamat Kampung Parit 15 Sg Pulau Hutan Melintang.

Untuk makluman 1 X ular sawa berjaya ditangkap dan dibawa ke Pusat Kawalan Operasi Daerah Bagan Datuk untuk tindakan selanjutnya.

Zahid Hamidi
Jabatan Perdana Menteri
APM Negeri Perak
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia

Sumber APM Bagan Dato
 

Satu Kes Menangkap Ular (KMU) telah berjaya dilaksanakan di Jalan Jaya 7, Taman Jaya, Johor Bahru pada jam 0923H.

Seramai 03 anggota lain-lain pangkat telah dikerahkan dan seekor ular sawa berjaya ditangkap dengan selamat.
Terima kasih atas kecekapan dan tindakan pantas anggota bertugas.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Johor

©️Media APM Johor Bahru

Sumber APM Johor
 
14147443265988469-363654.jpg

14147443265988469-363655.jpg

14147443265988469-363656.jpg

14147443265988469-363657.jpg


KES MENANGKAP ULAR

Shift Bravo menerima 01x panggilan kes menangkap ular di Jalan Pasir Lama, Pekan Nenas. Seramai 05x anggota LLP telah digerakkan ke lokasi dan 01x ular sawa batik berjaya ditangkap.

@jabatanperdanamenteri

©️2026 Unit PRO APM Daerah Pontian

Sumber APM Pontian
 
14147754807771829-363852.jpg

14147754807771829-363853.jpg

14147754807771829-363854.jpg

14147754807771829-363855.jpg

14147754807771829-363856.jpg


#operasi
KU SANGKA 2, RUPANYA 3 😱

"Pak Gad nampak 2 ekoq, dok begaduh, Pastu saya teruih Call APM" - En. Subki

Begia, 15.1.2025 : Pusat kawalan Operasi APM Daerah Sik Menerima Panggilan kecemasan berkaitan penemuan reptilia berbisa di Sekolah Rendah Sriti Begia.

Pasukan APM diketuai Sjn (PA) Nurul Syuhadak Binti Rosli bersama 4x anggota LLP respond kes berkenaan dan mendapati ular Spesis Senduk bersembunyi di dalam lubang berdekatan laluan keluar masuk waris menghantar dan mengambil pelajar di sekolah Berkenaan

menurut Lt. (PA) Haisul Aishah Binti Mohd napiah, pegawai Pertahanan Awam Daerah Sik Pasukannya berjaya menjerut reptilia berkenaan berjumlah 2 ekor namun anggota APM melihat ada lagi seekor juga bersembunyi di dalam lubang yang sama

"10 minit diperlukan sebelum ketiga-tiga reptiilia berkenaan berjaya ditangkap berikutan ular berkenaan bersembunyi di dalam lubang yang agak sukar" Ujar Haisul

Reptilia berkenaan seterusnya dibawa pulang ke Pusat kawalan Operasi APM Daerah SIk sebelum diserahkan kepada PERHILITAN

Orang awam di daerah Sik diminta setiasa peka, dan waspada dengan cuaca dan kawasan sekeliling seterusnya menghubungi APM Sik di talian 010 817 7991 atau talian kecemasan 999

Sumber APM Sik
 
c6cf27e1629f1b4d5f81c52c074bb47b6968af88b966a

Kredit: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan berjaya mengendalikan sebanyak 11,641 kes tangkapan ular sepanjang tahun lepas.

Timbalan Pengarah APM Kelantan Lt Kol (PA) Mohd Farid Ishak berkata jajahan Kota Bharu merekodkan jumlah tangkapan ular tertinggi, iaitu 5,327 kes, diikuti Bachok (2,914 kes) dan Machang (2,749 kes).

"Kita terima sebanyak 25,218 kes panggilan kecemasan dan jumlah ini termasuk panggilan melibatkan kehadiran reptilia (ular) itu di kawasan kediaman dan tempat awam.

"Semua ular yang ditangkap diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Kelantan bagi tindakan lanjut termasuk pelepasan semula mengikut prosedur ditetapkan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Farid berkata APM Kelantan turut mengendalikan 6,554 kes memusnahkan sarang serangga, 2,934 kes menangkap haiwan liar dan 1,256 kes melibatkan pesakit atau orang sakit.

Beliau berkata 849 kes lagi yang dikendalikan APM negeri tahun lepas melibatkan kejadian pokok tumbang, diikuti 532 kes kemalangan jalan raya dan 399 kes membabitkan haiwan peliharaan.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak mengambil tindakan sendiri sekiranya berdepan situasi melibatkan haiwan berbahaya, sebaliknya segera menghubungi talian kecemasan APM.

"Tindakan sendiri boleh mendatangkan bahaya kerana orang ramai tidak mempunyai peralatan keselamatan secukupnya. Haiwan berbisa seperti ular dan kala jengking kebiasaannya akan memasuki kediaman terutama selepas banjir," katanya.

 
14148298344352061-364134.jpg

14148298344352061-364135.jpg

14148298344352061-364136.jpg

14148298344352061-364137.jpg


KES MENANGKAP ULAR

Shift Alpha menerima 01x kes menangkap ular di Southern Tip Hotel, Pontian.
Seramai 05x anggota LLP telah digerakkan ke lokasi.
Operasi dijalankan mengikut SOP dan 01x ular sawa batik berjaya ditangkap dengan selamat.
Keadaan terkawal dan lokasi disahkan selamat.

©️2026 Unit PRO APM Daerah Pontian

Sumber APM Pontian
 
14151107847348269-365385.jpg

14151107847348269-365386.jpg

14151107847348269-365387.jpg

14151107847348269-365388.jpg

14151107847348269-365389.jpg


#operasi

TETAMU TAK DIUNDANG TUMPANG BERTEDUH

Jeneri, (20.1.2026) : Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) APM Sik menerima panggilan kecemasan dari orang awam berkenaan kehadiran reptilia berbisa di rumah beliau pada jam 1044 pagi tadi

Pasukan APM Sik diketuai Sjn (PA) Mohd Zamri Bin Fakhordzi bersama 4 x anggota LLP respond kes berkenaan dan mendapati Seekor "King Cobra" @ Tedung Selar bersembunyi di dalam bekas kolam di tepi rumah penduduk

Tindakan pantas Pasukan APM berjaya menjerut reptilia berkenaan menggunakan peralatan khas sebelum dibawa pulang ke PKOD APM Sik


Orang awam di Daerah Sik boleh menghubungi APM Sik di talian 010 8177 991 atau talian kecemasan 999

Sumber APM Sik
 
Back
Top
Log in Register