BTC USD 76,395.5 Gold USD 4,310.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cuaca panas, ular semakin banyak dijumpai

Sultan Pahang Berkenan Sempurnakan Perasmian Gimnasium Mahkota​

fd006725d567c96f1c1f958564cba85c6a22b02ddc256

6436d758708d1402ff28d270c469fb136a22b132068cc

Kredit: FB Kesultanan Pahang

Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menyempurnakan perasmian Gimnasium Mahkota di Balai Bomba dan Penyelamat Indera Mahkota di sini, sekali gus mencerminkan keprihatinan baginda terhadap kecergasan anggota pasukan penyelamat.

Keberangkatan baginda kira-kira 3 petang itu, disambut Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Seri Nor Hisham Mohammad, Pengarah JBPM Pahang Datuk Mohd Razam Taja Rahim dan Pengarah Urusan Universal Fitness & Leisure Sdn Bhd (UFL) Datuk Radha Krishnan.

Al-Sultan Abdullah kemudian berkenan mendengar sembah taklimat yang disampaikan Mohd Razam berhubung pembangunan dan pengoperasian gimnasium berkenaan, yang dilengkapi peralatan senaman kurniaan baginda.

Baginda ketika ditemui pemberita bertitah kurniaan peralatan senaman itu, bertujuan menyediakan kemudahan latihan yang lebih lengkap kepada anggota bomba sebagai barisan hadapan negara, supaya mereka sentiasa berada pada tahap kecergasan terbaik dalam melaksanakan tugas.

“Ini merupakan kemudahan kepada mereka untuk buat latihan secara lebih rapi dan intensif, supaya sentiasa dalam keadaan cergas melaksanakan tanggungjawab dalam membantu pihak yang memerlukan pertolongan,” titah baginda.

Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan penghargaan terhadap peranan penting pasukan bomba, yang sentiasa bersedia menghulurkan bantuan kepada rakyat tanpa mengira masa dan pelbagai insiden kecemasan.

“Pasukan bomba ini, memang saya tidak boleh nafikan barisan hadapan yang amat penting bagi negeri Pahang, kerana segala masalah dihadapi rakyat, mereka antara agensi sampai di tempat kejadian dan menghulurkan bantuan, sama ada melibatkan kebakaran, kemalangan, malah gangguan haiwan seperti ular.

“Hasrat saya adalah untuk melihat anggota agensi keselamatan berada dalam keadaan cukup sihat dan cergas,” titah baginda.

Dalam pada itu, Sultan Pahang turut menyeru seluruh masyarakat agar terus mengamalkan gaya hidup sihat dengan aktif bersukan dan beriadah, bagi mengekalkan tahap kecergasan serta kesihatan yang baik.

 
14251151408139053-404528.jpg

14251151408139053-404529.jpg

14251151408139053-404530.jpg


Ular cincin emas 1.5 meter sembunyi di tiang elektrik berjaya ditangkap APM

Ular cincin emas 1.5 meter sembunyi di tiang elektrik berjaya ditangkap APM

SARATOK: Kehadiran seekor ular cincin emas sepanjang 1.5 meter yang dikesan bersembunyi di sebatang tiang elektrik di Kampung Tanjung mencetuskan detik cemas buat seorang warga emas di sini, semalam.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Daerah Saratok, Leftenan Nur Athirah Batu berkata, Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Saratok menerima panggilan kecemasan daripada seorang pengadu, Mohammad Jamali, 71, pada 10.10 pagi.

Pengadu memaklumkan melihat kelibat reptilia tersebut berada di tiang elektrik yang terletak tepat di hadapan halaman rumahnya lalu segera meminta bantuan pihak APM untuk tindakan lanjut.


Anggota penyelamat tiba di lokasi pada 10.15 pagi dan mengesahkan keberadaan ular berbisa tersebut di tiang elektrik berkenaan.

Sebelum memulakan operasi, ketua skuad memastikan semua anggota memakai kelengkapan perlindungan diri (PPE) yang lengkap demi menjaga keselamatan.

“Menggunakan teknik menyepit, anggota APM Saratok hanya mengambil masa beberapa minit sahaja untuk menjinakkan dan menangkap ular sepanjang 1.5 meter itu dengan selamat tanpa sebarang insiden tidak diingini,” katanya.

Operasi tamat sepenuhnya pada 10.24 pagi, dan reptilia berkenaan telah dibawa balik ke PKOD Saratok menggunakan peralatan khas sebelum diserahkan kepada pihak yang bertanggungjawab untuk tindakan seterusnya.

Utusan Sarawak
 

APM Besut Tangkap Ular Sawa Telan Kucing​

86c423f7f2a03d356d01956c28a188fb6a2e300623517

Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Besut hari ini memegang ular sawa batik yang berjaya ditangkap anggotanya di siling stor di Kampung Tok Dor.

Sepasang warga emas terkejut selepas bunyi bising seekor kucing di luar rumah menemukan seekor ular sawa batik sepanjang tiga meter dan seberat kira-kira 70 kilogram (kg) di Kampung Tok Dor di sini pada 10.30 malam kelmarin.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Besut Kapten (PA) Mohd Fazlien Jaafar berkata warga emas berusia 60-an itu terkejut apabila mendapati reptilia tersebut memakan tiga daripada empat ekor anak kucing peliharaannya yang baru berusia seminggu.

“Menantu pasangan itu yang dimaklumkan mengenai kejadian tersebut kemudian menghubungi kami bagi mendapatkan bantuan.

“Bertindak atas maklumat itu, sebanyak empat anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Besut dikejarkan ke lokasi kejadian untuk menangkap ular berkenaan,” katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Mohd Fazlien berkata sebaik tiba di lokasi kejadian, ular itu didapati bersembunyi di atas siling stor di tepi rumah pengadu.

Beliau berkata anggota APM mengambil masa kira-kira sejam untuk menangkap reptilia itu yang membelit kerangka kayu pada bahagian siling, selain bertindak agresif sebelum dibawa ke pejabat APM untuk tindakan lanjut.

 

14254828912873221-405682.jpg

14254828912873221-405683.jpg

14254828912873221-405684.jpg

14254828912873221-405685.jpg


Isteri mati ditelan ular sawa gergasi



Kejadian berlaku pada 9 Jun lalu. Suami mangsa, Elisabet Yamalau, cuba memotong kepala ular itu untuk menyelamatkannya tetapi sudah terlambat.

Menurut laman berita Detik, Yamalau pergi ke kebun seorang diri pukul 3.20 petang (waktu tempatan) untuk memindahkan lembu mereka.

Dengan rumah mereka terletak hanya 300 meter, suaminya, Benyamin Lanto mula bimbang apabila mangsa tidak pulang selepas beberapa jam.

Lanto kemudian menuju ke kebun untuk mencari isterinya.


“Melihat kejadian itu, suaminya segera cuba menyelamatkan mangsa dengan memotong kepala ular menggunakan peralatan yang ada,” kata Ketua Polis Pulau Taliabu, AKBP Adnan Wahyu Kashogi.

Lanto menarik badan isterinya daripada mulut dan lilitan ular itu, namun usahanya sudah terlambat.

“Selepas berjaya dikeluarkan, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian,” kata Adnan.

Pada pukul 9 malam, Lanto meminta bantuan penduduk kampung untuk mengeluarkan mayat isterinya.

Berikutan insiden itu, pihak polis menggesa penduduk untuk sentiasa berwaspada apabila pergi ke kebun mereka. – AGENSI .

Artikel Kosmo Online
 
406249-406249.jpg


Pasangan kekasih dicekup separuh bogel dalam tandas surau

KULIM - Tindakan penduduk kampung menjejaki pasangan kekasih yang kerap ke tandas sebuah surau di sini pada lewat malam akhirnya membongkar perbuatan menjijikkan dilakukan mereka.

Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah Kulim, Anwar Sharifudin Mat Saad berkata, pemeriksaan yang dibuat di tandas surau itu kemudian menemui pasangan terbabit dalam keadaan separuh bogel kira-kira jam 1.30 pagi.

Menurutnya, lelaki berusia 18 tahun berasal dari Sungai Kob, Karangan bekerja di tempat menjual nasi lemak sementara pasangannya berasal dari Changlun berusia 15 tahun.

"Orang syak mereka melakukan maksiat sebab menuju ke surau lewat malam lebih dua tiga kali.

"Bila buat pemeriksaan mendapati pasangan berada di dalam tandas dalam keadaan separuh bogel," katanya.

Mereka kemudian memanggil pengerusi surau dan memaklumkan kepada pegawai penguatkuasa agama.

"Hasil soal siasat mendapati kedua-duanya bukan suami isteri, lelaki itu mengenali pasangannya di tempat kerja hanya dalam tempoh seminggu.

"Remaja perempuan pula tinggal di Sungai Ular bersama ibu saudara. Kejadian disedari orang awam dan penduduk kampung dari gerai makan berhampiran yang kerap melihat pasangan itu ke surau pada lewat malam dan awal pagi," katanya.

Pasangan itu disiasat mengikut Seksyen 25 (a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah (EKJSK) 2014 kerana disyaki berkhalwat.

Kredit ➡️ Sinar Harian
 
406249-406249.jpg


Pasangan kekasih dicekup separuh bogel dalam tandas surau

KULIM - Tindakan penduduk kampung menjejaki pasangan kekasih yang kerap ke tandas sebuah surau di sini pada lewat malam akhirnya membongkar perbuatan menjijikkan dilakukan mereka.

Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah Kulim, Anwar Sharifudin Mat Saad berkata, pemeriksaan yang dibuat di tandas surau itu kemudian menemui pasangan terbabit dalam keadaan separuh bogel kira-kira jam 1.30 pagi.

Menurutnya, lelaki berusia 18 tahun berasal dari Sungai Kob, Karangan bekerja di tempat menjual nasi lemak sementara pasangannya berasal dari Changlun berusia 15 tahun.

"Orang syak mereka melakukan maksiat sebab menuju ke surau lewat malam lebih dua tiga kali.

"Bila buat pemeriksaan mendapati pasangan berada di dalam tandas dalam keadaan separuh bogel," katanya.

Mereka kemudian memanggil pengerusi surau dan memaklumkan kepada pegawai penguatkuasa agama.

"Hasil soal siasat mendapati kedua-duanya bukan suami isteri, lelaki itu mengenali pasangannya di tempat kerja hanya dalam tempoh seminggu.

"Remaja perempuan pula tinggal di Sungai Ular bersama ibu saudara. Kejadian disedari orang awam dan penduduk kampung dari gerai makan berhampiran yang kerap melihat pasangan itu ke surau pada lewat malam dan awal pagi," katanya.

Pasangan itu disiasat mengikut Seksyen 25 (a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah (EKJSK) 2014 kerana disyaki berkhalwat.

Kredit ➡️ Sinar Harian
ulau spesis haramjada ni..
surau jd port..
 

MBMB Siasat Lelaki Hulur Ular Dalam Kereta Pengunjung​

12b2139849461925f7eb92c00d13f7796a3b5f0d6dac2

Kredit: Thread - lysaahairee

Tindakan seorang lelaki yang didakwa menghulurkan seekor ular ke dalam sebuah kereta di kawasan Bangunan Stadthuys, Banda Hilir yang tular di media sosial sedang disiasat pihak berkuasa.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Datuk Shadan Othman berkata pihaknya mengambil maklum mengenai kejadian itu dan akan menjalankan siasatan lanjut berhubung insiden berkenaan kerana terdapat risiko kepada pengunjung yang berada di kawasan tumpuan pelancongan itu.

Terdahulu, seorang pengguna media sosial Nik Hanis Allysa Abdullah, 21, memuat naik video berdurasi 54 saat yang memaparkan seorang lelaki membawa ular menghampiri kenderaan yang dinaikinya sebelum didakwa cuba memasukkan reptilia itu ke dalam kereta melalui tingkap yang terbuka.

Nik Hanis berkata kejadian berlaku kira-kira 11 malam Isnin lepas ketika beliau bersama seorang rakan dan adiknya berhenti di hadapan bangunan bersejarah itu.

Beliau berkata pada mulanya menyangka lelaki terbabit sekadar bergurau, namun keadaan menjadi cemas apabila ular itu ditolak ke arah bahagian dalam kenderaannya meskipun beberapa kali diminta supaya menghentikan perbuatan itu.

“Ketika itu, saya baru pulang kerja dan berada dalam keadaan penat. Saya sudah beberapa kali meminta lelaki itu supaya tidak memasukkan ular ke dalam kereta, namun dia tetap berbuat demikian sehingga menyebabkan saya menangis,” katanya ketika dihubungi media.

Nik Hanis berkata akibat panik, beliau membuka pintu kereta dan cuba mengelak daripada ular itu sehingga terlupa kenderaan yang dipandunya masih berada dalam mod pemanduan (D) dan menyebabkan kereta bergerak ke hadapan ketika sebelah kakinya berada di luar.

Beliau berharap tindakan sewajarnya dapat diambil kerana perbuatan sedemikian bukan sahaja menakutkan orang awam, malah berpotensi mengundang kemalangan.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Superintendan Halim Abas ketika dihubungi mengesahkan pihaknya belum menerima sebarang laporan berhubung kejadian tular itu.

 
14267098623571613-409340.jpg

14267098623571613-409341.jpg

14267098623571613-409342.jpg

14267098623571613-409343.jpg



Ular Tedung Senduk anggaran panjang 3 kaki berjaya ditangkap menggunakan penjerut dan seterusnya dilepaskan kembali di habitat yang selamat.

Sumber Bbp Raub
 
14267971077010421-409558.jpg

14267971077010421-409559.jpg

14267971077010421-409560.jpg

14267971077010421-409561.jpg

14267971077010421-409562.jpg



Ular sawa anggaran panjang 2 meter setengah berjaya ditangkap menggunakan penjerut dan seterusnya dilepaskan kembali di habitat yang selamat.

Sumber Bbp Raub
 

Ular tedung selar anggaran panjang 10 kaki berjaya ditangkap menggunakan penjerut dan seterusnya dilepaskan kembali di habitat yang selamat.

Sumber Bbp Raub
 
Back
Top
Log in Register