BTC USD 81,458.4 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

CG Running Club

AKU 50/50 NAK JOIN KLSCM 2026… Akhirnya Jadi Macam Ni 😅​

Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon 2026Sejak awal lagi memang 50/50. Dengan keadaan jerebu, ketidakpastian sama ada KLSCM 2026 akan diteruskan, ditambah pula dengan komitmen lain sehari sebelum race, sampai saat akhir aku masih belum pasti sama ada nak pergi atau tidak.

Akhirnya aku buat keputusan last minute untuk turun ke KL dan berdiri juga di starting line bersama lebih 11,000 pelari Full Marathon.
Target tetap sama 42.195KM.

Tapi marathon memang penuh dengan kejutan. Apa yang kita rancang sebelum race tak semestinya sama dengan apa yang berlaku bila kaki dah mula berlari.

Apa sebenarnya yang berlaku kali ini?
Adakah keputusan last minute ini berbaloi?
Ini pengalaman sebenar aku di KLSCM 2026 dari 50/50 nak datang, sehinggalah apa yang berlaku di atas jalan raya Kuala Lumpur.
Tonton sampai habis. 🏃‍♂️🔥

 

KLSCM 2026 PART 2 | APA SEBENARNYA BERLAKU? 🏃‍♂️​

Dalam Part 1, saya berkongsi bagaimana saya membuat keputusan pada saat-saat akhir untuk menyertai Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon (KLSCM) 2026.

Dari Ipoh ke Kuala Lumpur menaiki ETS, menginap di hotel bajet dan akhirnya berdiri di garisan permulaan bersama ribuan pelari lain untuk menempuh jarak 42.195KM.

Tapi apa yang berlaku selepas itu?
Adakah semuanya berjalan seperti yang dirancang?
Atau ada sesuatu yang saya sendiri tidak jangkakan?

Dalam Part 2 ini, saya kongsikan pengalaman sebenar sepanjang perlumbaan, cabaran yang dihadapi, keputusan yang terpaksa dibuat dan beberapa pengajaran penting.

Marathon bukan sekadar tentang siapa yang sampai ke garisan penamat. Kadangkala, perjalanan yang tidak berakhir seperti dirancang mengajar kita lebih banyak tentang diri sendiri.Ini bukan kisah kejayaan semata-mata.

Ini kisah tentang keberanian mencuba, mengenali kemampuan diri dan menerima hakikat bahawa tidak semua perkara dalam hidup berjalan mengikut perancangan.
Tonton sampai habis.

Mungkin ada sesuatu yang boleh kita sama-sama pelajari daripada pengalaman ini.
💬 Pernah tak anda mengalami kegagalan walaupun sudah berusaha?
Kongsikan pengalaman anda di ruangan komen.

00:00 - Intro & Isu Jerebu
07:05 - Persiapan Dari Ipoh
10:09 - Cabaran Garisan Mula
12:50 - Perut Meragam & Cramp
15:48 - Keputusan DNF (KM 24)
18:09 - Punca & Post-Mortem
22:16 - Misi Seterusnya (PBIM)

 
Syukur nikmat kesihatan yg diberikan Tuhan, masih boleh senam di rumah walaupun tak bleh kayuh @ senam outdoor atas sebab jrubu yg melanda hatiku lantas menjadi sayu

sori layan blues skit .... atase sebab kesihatan aku stop terus senaman outdoor sbb takut kena penyakit respiratori akibat sedut jerubu.. jom dengaq nasihat video dibawah;


Apa Jadi Kalau Aku Jogging Masa Jerebu?​

Jogging memang bagus untuk kesihatan. Tapi bayangkan, kita keluar rumah dengan niat nak sihat, sekali paru-paru pula terpaksa bekerja lebih keras menapis udara yang penuh dengan habuk halus.

Lagi laju kita berlari, lagi banyak udara kita sedut. Dan masa jerebu, bukan oksigen saja yang masuk.
Jadi, apa sebenarnya berlaku dalam paru-paru kita bila berjoging ketika jerebu?
Betul ke bersenam waktu macam ni boleh mendatangkan lebih banyak mudarat daripada manfaat?

Jom kita bongkar apa yang berlaku dalam badan kita!

 
Keje pun outdoor...
jogging pun outdoor tp dlm taman...
mcm takde beza ape pun...
Kiraan lebih kurang untuk seorang manusia…
- bernafas 20-30/ minit ketika bekerja.
- bernafas 30-50/minit ketika jogging.
So kalau jogging waktu jerebu, 2x ganda jerebu halus masuk ke peparu kita.
Makin mudah jatuh sakit.
 
Back
Top
Log in Register