KLSCM 2026 PART 2 | APA SEBENARNYA BERLAKU?
Dalam Part 1, saya berkongsi bagaimana saya membuat keputusan pada saat-saat akhir untuk menyertai Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon (KLSCM) 2026.
Dari Ipoh ke Kuala Lumpur menaiki ETS, menginap di hotel bajet dan akhirnya berdiri di garisan permulaan bersama ribuan pelari lain untuk menempuh jarak 42.195KM.
Tapi apa yang berlaku selepas itu?
Adakah semuanya berjalan seperti yang dirancang?
Atau ada sesuatu yang saya sendiri tidak jangkakan?
Dalam Part 2 ini, saya kongsikan pengalaman sebenar sepanjang perlumbaan, cabaran yang dihadapi, keputusan yang terpaksa dibuat dan beberapa pengajaran penting.
Marathon bukan sekadar tentang siapa yang sampai ke garisan penamat. Kadangkala, perjalanan yang tidak berakhir seperti dirancang mengajar kita lebih banyak tentang diri sendiri.Ini bukan kisah kejayaan semata-mata.
Ini kisah tentang keberanian mencuba, mengenali kemampuan diri dan menerima hakikat bahawa tidak semua perkara dalam hidup berjalan mengikut perancangan.
Tonton sampai habis.
Mungkin ada sesuatu yang boleh kita sama-sama pelajari daripada pengalaman ini.

Pernah tak anda mengalami kegagalan walaupun sudah berusaha?
Kongsikan pengalaman anda di ruangan komen.
00:00 - Intro & Isu Jerebu
07:05 - Persiapan Dari Ipoh
10:09 - Cabaran Garisan Mula
12:50 - Perut Meragam & Cramp
15:48 - Keputusan DNF (KM 24)
18:09 - Punca & Post-Mortem
22:16 - Misi Seterusnya (PBIM)