BTC USD 81,467.7 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

CG Running Club

Screenshot_20210123-191759.png


Trek tutup terus, nampak gaya inilah larian terakhir sebelum PKP hu..hu..
 
Interval.

Boleh di jlnraya atau trek. Interval ialah larian anerobik. Larian2x laju. Interval lebih kpd larian jarak pendek. Latih speed.

Interval dilakukan secara ulangan dan recovery diantara larian laju. Recovery boleh dilakukan secara jalan atau easy jog atau jarak tertentu, cth 50m, 75m, 200m. Lebih panjang jarak larian interval, lebih recovery dilakukan. Cth, interval 1km x 5, recovery lebih panjang diperlukan.

Larian interval akan dilakukan dgn pace ditetapkan dgn masa tertentu, cth, 1km dengan pace 6minit p/km dengan recovery 5minit atau 1km dengan pace 3minit30saat dengan recovery 2minit.

Contoh jarak interval, 200m, 300m, 400m, 600m, 800m, 1000m/1k, 2000m/2k dll.

Contoh penetapan interval dan recovery.

200m @ 45saat x 20 dengan recovery jog 1minit atau 30saat atau berjalan 100meter.

1000m @ 4minit x 4 dgn recovery jog 2minit atau 1minit atau berjalan 4minit.

šŸ˜‰

 
Interval ialah larian Kualiti. X boleh dilakukan tiap2x hari. Boleh injured. Dalam seminggu, variasikan, isnin easy run, selasa interval, rabu steady run, khamis fartlek, jumaat rest, sabtu hill, ahad long run easy.

atau contoh yg lebih lanjut. Jadual pemula/beginner berlari 5k atau 10k

Isnin, 30min easy.

Selasa, interval jlnraya atau padang. 1k pace 8minit x 4 ulangan, rehat/recovery antara interval 5minit berjalan atau lari anak2x.

Rabu, 30min steady pace

Khamis fartlek 30minit

Jumaat rehat

Sabtu rehat atau 30minit easy

Ahad long run 50minit

Perkingsian diatas ialah contoh sahaja. Berlari dilakukan ikut masa lapang, komitmen, keupayaan, matlamat, suka2x. Semuanya terpulang kpd runner.

 
Mcm mna nk kira pace untuk interval coach?

Interval ialah salah satu speed workout. Berlari laju akan memberi RINTANGAN atau stres kpd badan contoh jantung. Kesihatan perlu diutamakan. Larian speed workout hanya dilakukan bila runner bersedia dr segi fitness.

Penyediaan badan/fitness sebelum melakukan speed workout. Contoh, runner telah berlari easy run selama 4 minggu atau 8 minggu. Easy run, steady run, long run easy. Larian2x selama 30minit, 40minit atau 1jam long run.

Contoh kpd soalan, pace untuk interval. Untuk pemula/beginner.

Interval. 1k @ 8minit, ulangan 4 kali. Recovery, berjalan 5minit.

Pace, ulangan, jenis recovery recovery, semuanya terpulang kpd runner. Berlari ikut kemampuan diri sendiri. Enjoy your run.

 
GarminConnect_20210124-093240-01.jpeg
1st Half Marathon 2021, tak capat target sub 2 hour. Sakit perut lak pertengahan jalan, 5 minit hangus kat jamban.
 
Pertanyaan.
Geng kenya x main ke category ini? Ultra Jawapan tepat, tidak ada hadiah wang tunai.

Larian diraikan dengan menamatkan larian.

Ultra dilihat seperti larian prestij. Dipanggil Ultra utk larian2x yg melebihi jarak 42km/marathon. Contoh jarak ultra, 50km, 80km, 100km, 100mile, 24jam. Seolah2x memisahkan Ultra drpd larian2x 42km serta jarak2x yg lebih pendek.

Larian Ultra berkait endurance running. Runners lebih menumpukan kpd larian steady slow pace.

Menamatkan larian dijadikan sbg kemenangan atau pencapaian besar utk runner yg menyertainya. Hampir kesemua Ultra running tidak menawarkan hadiah wang tunaišŸ˜†šŸ˜, setahu saya pernah terbaca 4 atau 5 race dgn wang tunai serta beberapa larian wang tunai saguhati. Ultra runner elite diberi sponsor secara berbayar, peralatan, supplements.

Permukaan/surface ultra running ialah trail (hutan), jalanraya, denai, tanah merah, stadium, padang pasir, pantai, kombinasi permukaan dan lain2x.

Ultra running yg terkenal/established didunia, Badwater 135mile, 9 dragons ultra HK, ultra trail du mont Blanca dll. Di malaysia, ultra TITI, route68, taiping MMTF, BUTM Borneo ultra trail marathon, Borneo TMBT dll.

Tidak ketinggalan, ultra ialah larian lasak dan diselitkan dgn berbukit menanjak yg tidak dpt dilupakan, contoh bukit tonggek di Ultra UITM.

Hadiah lazim utk pemenang/placing ialah hadiah2x drpd penaja dan tropi yg unik. šŸ˜†šŸ˜Hadiah kpd bukan pemenang ialah tshirt, medal dan makanan&minuman sepanjang larian dan SELEPAS larian.

šŸ™‚

 
Back
Top
Log in Register