fms
CG Top Poster Club

- Messages
- 21,193
- Joined
- Feb 10, 2007
- Messages
- 21,193
- Reaction score
- 479
- Points
- 141
Celcom kini tampil menjelaskan secara rasmi bahawa mereka kini memiliki pelan tanpa had internet dan panggilan, dari serendah RM12. Ia menggantikan pelan sebelum ini, yang menyediakan 18GB internet berharga RM12/minggu dan 48GB internet untuk RM38/bulan.
Pelan baru ini ditawarkan dari RM12/minggu serta RM35/bulan bersama penggilan tempatan tanpa had. Sama seperti sebelumnya, kelajuan internet untuk pelan ini disekat kepada 3Mbps sahaja. Tetapi pelan ini masing-masing memberikan kuota hotspot sebanyak 1GB untuk pelan mingguan dan 3GB untuk pelan bulan, juga disekat kelajuan ke 3Mbps.
Hotpot tambahan boleh dibeli dari RM1 dengan 1GB untuk kegunaan sehari dan RM3 dengan 5GB untuk kegunaan 3 hari. Jika mahu internet berkelajuan tinggi tanpa had sementara, pengguna boleh melanggan pas Ultra Hour dari RM1 untuk 1 jam sehingga RM8 untuk 24 jam. Pas Ultra Hour memberikan internet tanpa had, dengan kelajuan tanpa had tetapi tak boleh digunakan untuk hotspot.
Di dalam ruangan Terma dan Syarat, Celcom ada menyatakan bahawa pelan ini tertakluk kepada Polisi Penggunaan Saksama atau FUP. Bagaimanapun, ia tidak menjelaskan sama ada terdapat kuota untuk pelan tanpa had ini, yang menjadikan kelajuan internet dari 3Mbps kepada Kbps.