BTC USD 76,358.3 Gold USD 4,327.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Telco CelcomDigi Prepaid 5G 39 Edisi Biru - Pelan Tanpa Had Pada Kelajuan 12Mbps, RM39 Sebulan

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,559
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,559
Reaction score
7,740
Points
916
CelcomDigi kini mengemaskini penawaran pelan prabayar dinamakan Prepaid 5G 39, sekaligus meningkatkan kadar kelajuan penggunaan 12Mbps dengan FUP 200GB. Kelajuan akan dihadkan kepada 512kbps selepas habis menggunakan FUP berkenaan. Selain itu, pelan sama juga turut menawarkan akses hotspot sebanyak 15GB pada kelajuan 100Mbps. Melengkapkan pelan ini juga adalah penawaran tambahan 65GB data berkelajuan tinggi 100Mbps. Pengguna turut akan menerima akses panggilan tanpa had dibawah pelan ini.

CelcomDigi-Edisi-Biru-950x534.jpg.webp


CelcomDigi turut menyatakan mereka mengemaskini penawaran kepada pelanggan Celcom sedia ada yang melanggan pelan internet tanpa had, dimana kelajuan akan digandakan sekali ganda berbanding yang dilanggan sebelum ini. Sebagai contoh, sekiranya kelajuan internet adalah 6Mbps sebelum ini, maka kini akan menikmati kelajuan 12Mbps. Bagi anda yang berminat dengan pelan ini, boleh menyemak penawarannya melalui kedai CelcomDigi terdekat, atau melalui laman rasmi CelcomDigi hari ini.​
 
sape penah pakai??
data biasa dgn hotspot lain kuota??
 
Back
Top
Log in Register