BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Telco OneXOX Menawarkan Pelan Prabayar Bermula RM18 Sebulan Untuk Data Tanpa Had

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,560
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,560
Reaction score
7,740
Points
916
OneXOX hari ini secara rasminya telah mula menawarkan pelan prabayar baharu mereka, dinamakan sebagai ONE-X Prepaid. Pelan ini ditawarkan kepada semua yang berumur 12 tahun dan ke atas.
OneXOX-Prepaid.png.webp

Melalui penawaran One-X Prepaid, ia hadir dengan pelan pada harga bermula RM18 sebulan yang menyediakan pelan data dengan kelajuan 6Mbps, serta tanpa had panggilan suara. Ia dihadkan kepada 50GB dibawah FUP, dan boleh menggunakan data sebanyak 100GB pada kelajuan 512Kbps selepas itu. Pengguna pelan ini turut boleh menggunakan data hotspot sebanyak 10GB. Disamping itu, One-X Prepaid turut hadir dengan pilihan pelan RM35 sebulan dan RM48 sebulan, masing-masing dengan kuota lebih tinggi. Bagi anda yang inginkan pelan data pada harga rendah, mungkin boleh menyemak penawaran OneXOX hari ini.​
 
Back
Top
Log in Register