BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cabaran reformasi berbeza ketika dalam kerajaan, kata ketua pemuda PKR

afwan83

Active+ Member
Messages
3,221
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,221
Reaction score
12
Points
25

Cabaran reformasi berbeza ketika dalam kerajaan, kata ketua pemuda PKR​

22cde5dc-9770-4f47-b004-66735f515759-2-Kamil-Munim-kongres-pkr-FMT-130826.jpg

Ketua Pemuda PKR Kamil Munim berkata parti perlu kembali kepada asas perjuangan dengan memperkukuh kekuatan akar umbi bagi memastikan sokongan rakyat dapat diterjemahkan kepada kemenangan pilihan raya.

Beliau berkata perbezaan itu perlu dilihat sebagai ruang untuk PKR melakukan muhasabah, menerima realiti dan memperbaharui strategi politik.

“Cabaran ketika reformasi berada di luar kerajaan dan ketika reformasi berada dalam kerajaan adalah dua perkara yang berbeza. Oleh itu, kita tidak boleh berputus asa.

“Kita perlu menerima realiti yang pahit ini dengan hati dan fikiran yang terbuka. Rakyat telah memberikan isyarat yang jelas kepada kita,” katanya ketika ucapan aluan perasmian bersama Kongres Nasional Wanita dan Pemuda PKR di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC).

Dalam pada itu, Kamil berkata PKR juga perlu kembali kepada asas perjuangan dengan memperkukuh kekuatan akar umbi bagi memastikan sokongan rakyat dapat diterjemahkan kepada kemenangan pilihan raya.

Katanya, usaha mendapatkan sokongan rakyat bukan sekadar bergantung kepada populariti, sebaliknya perlu bermula dari peringkat bawah dengan membina organisasi yang kuat dan tersusun.

“Kita hendak memperoleh sokongan dan dukungan rakyat bukan soal populariti semata-mata. Nak yakinkan rakyat kena bermula dari bawah.

“Popular sahaja tidak cukup. Kita perlu membina organisasi yang kuat, tersusun dan mampu menterjemahkan sokongan rakyat kepada kemenangan,” katanya.

Beliau berkata pengalaman PKR selepas PRN di Sabah, Johor dan Negeri Sembilan menunjukkan masih terdapat kelemahan di akar umbi yang perlu diperbaiki.

Kata Kamil, perjuangan reformasi sejak 1998 membuktikan gelombang politik tidak terbentuk dalam tempoh singkat, sebaliknya memerlukan masa, kesabaran dan kerja berterusan.

“Pada 2004, kita melalui titik paling sukar. Namun, 10 tahun selepas 1998, kita berjaya mencetuskan gelombang baharu pada 2008,” katanya.

Beliau berkata Kongres PKR yang berlangsung sehingga Ahad ini perlu dijadikan ruang untuk menerima kritikan membina, cadangan dan nasihat bagi memperbaiki kelemahan parti.

Kamil turut menyeru anggota parti kembali ke kawasan masing-masing dengan tekad baharu, semangat lebih kuat dan keyakinan lebih tinggi untuk meneruskan perjuangan reformasi.
 
climax PKR ni nak bagi DSAI naik jadi PM, impain dah tercapai

andai kata ada pengganti Presiden Baru untuk masa akan datang, reofrmasi tu dah blh tutup buku kot.

Generasi remaja dan dewasa yg membesar tahun 1997-2003 je faham semangat reofrmasi tu mcm mana.'

sampai terbalik kete polis.

dah 2026 kalau nak pung pang pasal reformasi silap zaman dah tu.

skg ni dah zaman AI :ROFLMAO:
 
Back
Top
Log in Register