afwan83
Active+ Member
- Messages
- 3,221
- Joined
- Aug 4, 2011
- Messages
- 3,221
- Reaction score
- 12
- Points
- 25
Anwar dikhianati selepas selamatkan Umno, kata Pemuda PKR
Pemuda PKR Wilayah Persekutuan berkata Anwar Ibrahim menyelamatkan Umno daripada terus ‘mati’. (Gambar Bernama)
Beliau berkata, Anwar wajar dikenang sebagai sahabat yang membantu Umno ketika parti itu berdepan kesukaran selepas PRU15.
“Dialah yang mahu menyelamatkan Umno daripada terus ‘mati’ pada PRU yang lepas. Tetapi apa jasanya dibalas. Adakah beliau dihargai?
“Adakah beliau dikenang sebagai seorang sahabat? Tidak. Beliau dikhianati,” katanya ketika membahaskan ucapan dasar ketua Pemuda PKR di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC).
Huraimi berkata, politik berasaskan kepentingan kuasa boleh menyebabkan pihak yang pernah dianggap sahabat bertindak ‘menikam dari belakang’.
Katanya, perjuangan politik tidak seharusnya dijual-beli berdasarkan hubungan atau kepentingan tertentu.
“Penjajahan bukan lagi dengan senapang, tetapi dengan kuasa, pengkhianatan dan kepentingan politik.
“Kita jangan bina politik atas dasar siapa yang paling lama berkawan dengan kita, tetapi atas dasar siapa yang paling setia kepada rakyat dan perjuangan,” katanya.
Sementara itu, wakil Pemuda PKR Melaka, Muhammad Hakim Mohd Hafizudin, mengkritik Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh yang didakwa sering memainkan naratif Melayu terancam.
Beliau turut menempelak pihak yang melabelnya sebagai liberal kerana pendiriannya dalam PKR.
“Kamu tuduh kami liberal. Habis pakai songkok ini liberal lagi. Saya tetap Melayu, Islam. Saya boleh baca al-Quran dan hadis,” katanya.
Dalam pada itu, Hakim mengingatkan kepimpinan PKR tidak hanya mengkritik pihak lain, sebaliknya berani memperbaiki kelemahan dalam parti bagi memastikan perjuangan reformasi terus mendapat kepercayaan rakyat.
