afwan83
Active+ Member
- Messages
- 3,229
- Joined
- Aug 4, 2011
- Messages
- 3,229
- Reaction score
- 12
- Points
- 25
Umno perlu jelas pendirian jika mahu PRU16 awal, kata Pemuda PKR
Naib Ketua Pemuda PKR, Nabil Halimi menegaskan kerajaan Madani masih boleh meneruskan pentadbiran selagi mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat.
Naib Ketua Pemuda PKR, Nabil Halimi berkata jika Umno mahu terus bersama kerajaan, parti itu perlu memikul tanggungjawab sehingga tamat mandat, manakala keputusan menyokong PN perlu disusuli dengan penyerahan jawatan dalam kerajaan.
“Jangan sampai Umno dilihat satu kaki dalam kerajaan, satu kaki dalam pembangkang. Di negeri berpelukan dengan PN, tetapi di Putrajaya masih mahu menikmati jawatan dan kedudukan dalam kerajaan Madani,” katanya dalam kenyataan di Facebook.
Beliau berkata rakyat tidak sepatutnya dibebankan dengan percaturan politik sedemikian, sambil menegaskan kerajaan Madani masih boleh meneruskan pentadbiran selagi mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat.
Katanya, kerajaan yang dipimpin Pakatan Harapan (PH) bersama Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan rakan-rakan lain akan terus menyempurnakan baki mandat penggal ini.
“Gunakan masa yang ada untuk meneruskan reformasi, memperkukuh ekonomi dan menyelesaikan masalah rakyat,” katanya.
Nabil berkata mandat rakyat tidak sepatutnya dijadikan alat tawar-menawar politik dan penilaian terhadap kerajaan wajar diserahkan kepada rakyat apabila tiba masanya pilihan raya.
Terdahulu hari ini, Zahid yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata lebih baik PRU16 diadakan lebih awal, berbanding tempoh penggal Parlimen yang hanya akan berakhir hujung tahun depan.
Namun, Zahid berkata jika penggal Parlimen tamat sehingga penghujungnya, gabungan itu bersedia berdepannya.
Dalam perkembangan sama, Zahid berkata keputusan untuk bekerjasama dengan gabungan lain pada pilihan raya akan datang akan ditentukan berdasarkan pertimbangan ‘manfaat dan mudarat’, termasuk melihat landskap politik di setiap negeri.
Penggal Parlimen ke-15 dijadual tamat sekitar Disember 2027, manakala pilihan raya perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran Parlimen.
