BTC USD 76,316.9 Gold USD 4,300.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pemuda PKR bidas PAS jadi ‘jurucakap’ Umno

afwan83

Active+ Member
Messages
3,223
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,223
Reaction score
12
Points
25

Pemuda PKR bidas PAS jadi ‘jurucakap’ Umno​

00a21932-d681-48e2-a660-0055594f0740-Danish-Hairudin-Tuan-Ibrahim-Tuan-Man-collage-050926-1.jpg

Ketua Penerangan Pemuda PKR Danish Hairudin berkata Tuan Ibrahim Tuan Man baru sahaja mengingatkan PAS dan Umno tidak patut ada konsep ‘abang besar’ atau ‘adik kecil’ dalam rundingan mereka dan semua pihak perlu dilayan secara sama rata.

“Sejak bila PAS dilantik menjadi jurucakap Umno. Atau sekarang PAS merasakan mereka lebih besar daripada Umno sehingga boleh bercakap bagi pihak Umno,” kata Ketua Penerangannya Danish Hairudin dalam satu kenyataan.

Danish berkata hanya beberapa minggu lalu, Tuan Ibrahim mengingatkan PAS dan Umno bahawa tidak sepatutnya wujud konsep ‘abang besar’ atau ‘adik kecil’ dalam rundingan mereka, sebaliknya semua pihak perlu dilayan secara sama rata.

“Hari ini lain pula ceritanya. Bila mahu kerjasama dengan Umno, katanya jangan ada ‘abang besar’.

“Bila mahu serang PKR, tiba-tiba Umno pula jadi ‘abang besar’. Politik PAS ini ikut prinsip atau ikut musim,” katanya.

Pada 16 Ogos lalu, Tuan Ibrahim berkata sebarang formula kerjasama antara PN dan Barisan Nasional (BN) bagi PRN Melaka perlu berasaskan kesamarataan dan tidak hanya tertumpu kepada pembahagian kerusi negeri.

“Kita tidak seharusnya menganggap sesiapa sebagai abang besar atau adik kecil,” katanya.

Semalam, Tuan Ibrahim berkata PKR tidak sepatutnya memberi kata dua kepada Umno sama ada mahu kekal dalam kerajaan perpaduan atau beralih menyokong PN, kerana PKR sendiri bergantung kepada kekuatan Umno.

Beliau berkata PKR perlu menyedari kedudukan serta jumlah kerusi Parlimen dan DUN dimilikinya berbanding Umno, sebelum mengeluarkan kenyataan berbentuk amaran kepada rakan dalam kerajaan.

Beliau mengulas desakan Naib Ketua Pemuda PKR Nabil Halimi supaya Umno menyuarakan pendirian dengan jelas sama ada mahu terus bersama kerajaan perpaduan atau beralih menyokong PN selepas Presiden Umno Zahid Hamidi menyarankan PRU16 wajar diadakan lebih awal.
 
Back
Top
Log in Register