BTC USD 75,701.6 Gold USD 4,338.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pemuda PAS tuduh pemimpin PKR manipulasi kenyataan Sanusi

afwan83

Active+ Member
Messages
3,221
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,221
Reaction score
12
Points
25

Pemuda PAS tuduh pemimpin PKR manipulasi kenyataan Sanusi​

630b4ee4-8a99-4308-93bb-1b554a9b6244-Afnan-Hamimi-Taib-Azamudden-Dr-N-Sathia-Prakash-tile-260726.jpg

Ketua Pemuda PAS Afnan Hamimi Taib Azamudden mahu pemimpin PKR, Dr N Sathia Prakash, tarik balik tuduhan.

Ketua Pemuda Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata Sathia telah menambah perkataan ‘balik’ dalam kenyataan Sanusi, yang mengubah keseluruhan maksud ucapan pemimpin PAS itu dan memberi gambaran palsu bahawa beliau mahu menghalau rakyat Malaysia berdasarkan kaum.

Pemuda PAS akan membuat laporan polis terhadap penyebaran dakwaan tersebut, agar pihak berkuasa menyiasat sama ada wujud unsur hasutan, penyebaran maklumat palsu, serta perbuatan yang boleh mencetuskan permusuhan antara kaum.

“Berbeza politik bukan lesen untuk memfitnah. Jangan bakar sentimen perkauman demi kepentingan politik,” menurut kenyataan.

Pemuda PAS juga mahu Sathia menarik balik tuduhan tersebut dan memohon maaf secara terbuka.

FMT sedang mendapatkan ulasan Sathia.

Sanusi dikritik pelbagai pihak berhubung kenyataannya dalam satu ceramah sempena PRN Negeri Sembilan.

Pada malam Khamis, Sanusi dilaporkan berkata, “Melayu ada Tanah Melayu ini saja. Orang India ada India, orang Cina ada China, orang Kemboja ada Kemboja, orang Siam ada Thailand. Melayu di mana? Melayu di sini saja.”

Semalam, Sanusi berkata kenyataannya telah diputar belit demi kepentingan politik, dan beliau akan mengambil tindakan undang-undang untuk ‘membetulkan keadaan’.

Sathia, yang merupakan pengarah pilihan raya PKR Selangor, membuat laporan polis terhadap pemimpin PAS itu, semalam.
 
Senang ckp, cuba Afnan, atau mana2 pimpinan clarify btol2 depan media letak duduk non muslim dlm negara ini andai PAS perintah.

Adakah PAS akan anggap mereka sbg Al-Muwaatinun (sebagaimana ijtihad ulama kontemporari pasca kewujudan Nation State) atau akan terus berpegang kpd Ahluz-Zimmah/Harbi/Mu'ahad sepertimana konsep zaman klasik khilafah.

Then baru sedap nk bincang.

Sekadar selingan.
IMG_20260726_181907.jpg
 
Yang jenis chauvanist memang takut dengan kebenaran.

Bahaya gini tak mengaku tanah melayu.

cuba kalau di china dan india diorang cakap tu bukan tanah cina dan bukan tanah india, sekejap je kena hukum.

kalau terlalu baik dengan diorang yang chauvanist ni memang diorang pijak.
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register