afwan83
Active+ Member
- Messages
- 3,221
- Joined
- Aug 4, 2011
- Messages
- 3,221
- Reaction score
- 12
- Points
- 25
Cabaran reformasi berbeza ketika dalam kerajaan, kata ketua pemuda PKR
Ketua Pemuda PKR Kamil Munim berkata parti perlu kembali kepada asas perjuangan dengan memperkukuh kekuatan akar umbi bagi memastikan sokongan rakyat dapat diterjemahkan kepada kemenangan pilihan raya.
Beliau berkata perbezaan itu perlu dilihat sebagai ruang untuk PKR melakukan muhasabah, menerima realiti dan memperbaharui strategi politik.
“Cabaran ketika reformasi berada di luar kerajaan dan ketika reformasi berada dalam kerajaan adalah dua perkara yang berbeza. Oleh itu, kita tidak boleh berputus asa.
“Kita perlu menerima realiti yang pahit ini dengan hati dan fikiran yang terbuka. Rakyat telah memberikan isyarat yang jelas kepada kita,” katanya ketika ucapan aluan perasmian bersama Kongres Nasional Wanita dan Pemuda PKR di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC).
Dalam pada itu, Kamil berkata PKR juga perlu kembali kepada asas perjuangan dengan memperkukuh kekuatan akar umbi bagi memastikan sokongan rakyat dapat diterjemahkan kepada kemenangan pilihan raya.
Katanya, usaha mendapatkan sokongan rakyat bukan sekadar bergantung kepada populariti, sebaliknya perlu bermula dari peringkat bawah dengan membina organisasi yang kuat dan tersusun.
“Kita hendak memperoleh sokongan dan dukungan rakyat bukan soal populariti semata-mata. Nak yakinkan rakyat kena bermula dari bawah.
“Popular sahaja tidak cukup. Kita perlu membina organisasi yang kuat, tersusun dan mampu menterjemahkan sokongan rakyat kepada kemenangan,” katanya.
Beliau berkata pengalaman PKR selepas PRN di Sabah, Johor dan Negeri Sembilan menunjukkan masih terdapat kelemahan di akar umbi yang perlu diperbaiki.
Kata Kamil, perjuangan reformasi sejak 1998 membuktikan gelombang politik tidak terbentuk dalam tempoh singkat, sebaliknya memerlukan masa, kesabaran dan kerja berterusan.
“Pada 2004, kita melalui titik paling sukar. Namun, 10 tahun selepas 1998, kita berjaya mencetuskan gelombang baharu pada 2008,” katanya.
Beliau berkata Kongres PKR yang berlangsung sehingga Ahad ini perlu dijadikan ruang untuk menerima kritikan membina, cadangan dan nasihat bagi memperbaiki kelemahan parti.
Kamil turut menyeru anggota parti kembali ke kawasan masing-masing dengan tekad baharu, semangat lebih kuat dan keyakinan lebih tinggi untuk meneruskan perjuangan reformasi.
