BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Agenda reformasi kerajaan bergantung pada PM, kata Rafizi

afwan83

Active+ Member
Messages
3,221
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,221
Reaction score
12
Points
25

Agenda reformasi kerajaan bergantung pada PM, kata Rafizi​

7ff5f0af-rafizi-ramli-ybm-youtube-210226.jpg

Bekas menteri ekonomi, Rafizi Ramli, berkata perdana menteri merupakan ‘penentu’ bagi cadangan reformasi yang dibawa ke Jemaah Menteri.

Rafizi, yang pernah menjadi menteri ekonomi, berkata berdasarkan pengalamannya dalam kerajaan, beliau tidak melihat tentangan ketara daripada Umno apabila reformasi dicadangkan.

Bagaimanapun, beliau berkata Umno tidak mungkin menjadi penggerak utama reformasi selepas menjadi sebahagian daripada sistem politik yang turut dibentuknya selama berdekad lalu.

“Jadi kalau nak jangka Umno yang datang dengan reformasi dalam kerajaan, benda tu tak akan berlakulah. Ia mesti dipandu oleh PH melalui perdana menteri (Anwar),” katanya dalam episod terbaru audiosiar ‘Yang Berhenti Menteri’.

Rafizi berkata cadangan reformasi boleh datang daripada perdana menteri atau kementerian masing-masing, tetapi perdana menteri akhirnya menentukan sama ada cadangan kementerian akan dibawa ke Jemaah Menteri.

“Pada akhirnya, penentunya ialah perdana menteri,” katanya.

Rafizi turut memetik pengumuman terbaru Perdana Menteri Anwar Ibrahim bahawa Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) akan dimansuhkan sebagai contoh peranan perdana menteri dalam membentuk agenda reformasi kerajaan.

Beliau mengalu-alukan langkah itu, namun berkata ujian sebenar ialah sama ada pemansuhan tersebut akan disusuli perubahan lanjut dalam sektor pendidikan tinggi.

Rafizi berkata Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) sudah mengandungi cadangan untuk memberikan autonomi kepada sebuah universiti awam sebagai projek perintis, yang menurutnya turut dibantu beliau untuk diperkenalkan.

Beliau berharap pemansuhan Auku akan membawa reformasi ke arah itu, dengan berkata autonomi universiti perlu merangkumi kebebasan akademik dan pembiayaan.

Diperkenalkan pada 1971, Auku sejak sekian lama menjadi subjek perdebatan berhubung kebebasan mahasiswa untuk berhimpun, berorganisasi dan menyuarakan pandangan mengenai isu politik serta kepentingan awam.

Akta itu kali terakhir dipinda pada 2024 bagi memberikan persatuan mahasiswa lebih banyak autonomi dalam aktiviti kutipan dana dan kegiatan lain.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sebelum ini berkata tiada rancangan untuk memansuhkan akta itu sepenuhnya, namun kini memaklumkan bahawa sebuah jawatankuasa bebas akan ditubuhkan bagi meneliti semua aspek berkaitan penggubalan undang-undang baharu untuk menggantikan Auku.
 
reformasi gampang ape lagi lahh
 
Back
Top
Log in Register