BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Aktivis reformasi hanya mahu agenda disempurnakan, kata NGO pro-PKR

afwan83

Active+ Member
Messages
3,221
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,221
Reaction score
12
Points
25

Aktivis reformasi hanya mahu agenda disempurnakan, kata NGO pro-PKR​

dd63c148-8420-4a88-8bf0-2f54e9ed68a5-yusmadi-yusoff-bernama-140826.jpg

Bekas Ahli Parlimen Yusmadi Yusoff berkata kejayaan menjadi kerajaan mesti diterjemahkan kepada perubahan yang dirasakan oleh rakyat. (Gambar Bernama)

Generasi Keadilan berkata kejayaan menjadi kerajaan mesti diterjemahkan kepada perubahan yang dirasakan petani, peneroka, pekerja, anak muda, mahasiswa, golongan orang kurang upaya, rakyat Sabah dan Sarawak serta keluarga.

Pengerusi Yusmadi Yusoff menegaskan sokongan yang jujur perlu disertai keberanian menyampaikan suara rakyat secara beradab dan bertanggungjawab.

“Kesetiaan kepada pemimpin bukan sekadar keberanian mempertahankannya ketika diserang, tetapi juga keberanian menyampaikan kebenaran sebelum terlambat,” menurut kenyataan, bersempena kongres nasional PKR yang berlangsung di Melaka.

Katanya, PKR tidak ditubuhkan hanya untuk memenangi pilihan raya, tetapi untuk memperbaiki cara kuasa digunakan.

“Ujian sebenar reformasi bukan ketika kita menuntut kuasa, tetapi ketika kita diberikan kuasa,” katanya.

Generasi Keadilan merupakan sebuah NGO yang dilaporkan cenderung kepada PKR. Yusmadi ialah bekas Ahli Parlimen Balik Pulau.

Sempena kongres PKR esok, Generasi Keadilan menyeru seluruh ahli parti supaya memperkukuh kesatuan, mengembalikan politik kepada khidmat rakyat, dan memastikan perjuangan reformasi terus diwariskan kepada generasi seterusnya.

Katanya, aktivis lama reformasi tidak meminta pengorbanan dibalas dengan jawatan. “Mereka mahu reformasi disempurnakan.”

“Kita telah membawa seorang reformis ke Putrajaya. Kini, kita mesti membawa reformasi kepada rakyat,” katanya.
 
Back
Top
Log in Register