BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

DAP Mahu Dua Agenda Reformasi Diputuskan Di Parlimen Oktober Ini

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

DAP Mahu Dua Agenda Reformasi Diputuskan Di Parlimen Oktober Ini​

66c3775243c34d3235c2daec2ce190166a819b3ded3fd

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke

DAP mahu dua agenda reformasi penting yang memerlukan pindaan Perlembagaan Persekutuan, iaitu pengasingan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya serta had tempoh jawatan Perdana Menteri, dibahas dan diputuskan pada persidangan Parlimen Oktober ini.

Setiausaha Agung DAP Anthony Loke dalam kenyataan hari ini berkata pendirian itu diputuskan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti berkenaan pada mesyuarat semalam, yang merupakan mesyuarat pertama selepas Persidangan Kebangsaan DAP pada 16 Ogos lepas.

Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No. 2) 2026 mengenai pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya bertujuan mengadakan peruntukan bagi pelantikan seorang Pendakwa Raya selaras dengan pengasingan kedua-dua peranan berkenaan.

RUU itu juga bertujuan mengadakan peruntukan lindung jamin bagi Pendakwa Raya serta meminda perkara berkaitan selaras dengan pengasingan peranan berkenaan.

Sementara itu, RUU bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri antara lain bertujuan menetapkan tempoh maksimum seseorang memegang jawatan berkenaan kepada 10 tahun.

Loke berkata CEC turut membincangkan keputusan Persidangan Kebangsaan DAP berhubung usul yang diluluskan perwakilan untuk memberikan mandat kepada kepimpinan parti supaya kekal dalam Kerajaan Persekutuan MADANI sehingga berakhirnya tempoh Parlimen ini.

“CEC menghormati keputusan yang telah dibuat oleh para perwakilan dan bertekad untuk melaksanakan mandat tersebut dengan penuh tanggungjawab. DAP akan terus berusaha untuk memastikan pelbagai agenda reformasi dapat dilaksanakan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata CEC turut meminta Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang dipimpin Ketua Menteri Chow Kon Yeow menggubal Enakmen Dana Pembangunan Kawasan bagi menjamin layanan adil dan sama rata kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri itu.

“Peruntukan pembangunan kawasan harus diberikan secara sama rata tanpa mengira latar belakang parti politik wakil rakyat yang dipilih,” katanya.

 
Umno penyakau acuan British



BULLDOZE

Maka benarlah apa yang kebanyakan peguam dan pakar sudah nyatakan sebelum ini.

Penurunan takhta YamTuan ada tertib dan ada aturan. Kena ikut Adat dan Perlembagaan.

Paling utama, apa-apa proklamasi Undang untuk menurunkan takhta Raja memerlukan persetujuan dan tandatangan MB.

Yang MB lama tak sanggup buat kerana dikatakan terdapat banyak lompong yang melanggar Adat dan Perlembagaan.

Semalam dalam sidang media didedahkan bahawa mereka sudah mendapat tandatangan MB baru. Dan penurunan takhta itu dikatakan berkuat kuasa serta-merta sehari sebelumnya.

Di sinilah persoalan semakin besar.

Kalau akhirnya tandatangan MB diperlukan untuk menyempurnakan proses penurunan takhta, bukankah itu mengesahkan hujah yang kami bangkitkan dari awal?

Tandatangan MB itu penting.

Jadi sebelum adanya proklamasi penurunan takhta yang lengkap dengan tandatangan MB, kenapa Undang sudah menamakan YamTuan baru?

Kenapa sudah dibuat pemasyhuran di sebuah hotel di Melaka?

Kalau proses turun takhta belum sempurna, kenapa dimasyhurkan penggantinya?

Di situlah nampak caca-merbanya. Itulah dikatakan borderline derhaka.

Sebab itu dari awal bekas Hakim dan Profesor Undang-undang sudah mengingatkan: urusan menurunkan seorang Raja bukan urusan koboi.

Ada Adat.
Ada Undang-undang Tubuh.
Ada Perlembagaan.

Hakikatnya, mereka bulldoze.

Buat dahulu. Umum dahulu. Pemasyhuran dahulu.

Kemudian combat in media.

Cuba memajak otak kita supaya tindakan luar biasa ini lama-kelamaan kelihatan biasa.

Normalisasikan derhaka kepada Raja.

****************

Tetapi bagi saya, persoalan yang jauh lebih besar bukan lagi siapa menang atau kalah dalam pertelingkahan ini.

Persoalannya ialah apa yang kita sedang lakukan kepada Institusi Raja?

Kalau proses menurunkan takhta dan menaikkan Raja boleh dibuat melalui trial by media, dengan aturan dan prosedur diketepikan, apakah precedent yang sedang kita bina?

Kalau hari ini seorang Raja boleh cuba diturunkan dengan cara begini, apa jaminannya Raja-raja Melayu yang lain tidak akan berhadapan perkara sama pada masa hadapan?

Institusi tidak runtuh dalam sehari.

Ia terhakis sedikit demi sedikit apabila aturan boleh diketepikan kerana ada sesetengah pihak punya agenda tersendiri.

Bersultan di mata, Beraja di hati.

Dan selepas segala hiruk-pikuk ini, ada satu soalan paling asas yang masih perlu dijawab kepada rakyat:

Kenapa Raja yang sedang bertakhta perlu diturunkan?

Apa sebenarnya salah Baginda?

Adakah kerana beliau lantang melawan rasuah dan salahguna kuasa?

Itu soalan yang Kerajaan Negeri sekarang perlu jawab segera.



Salam hormat,
Liyana Marzuki

NB- titah Baginda sejak tahun 2023. Sudah lama mereka ini buat kerja.

FB_IMG_1788915453339.jpg
 
Back
Top
Log in Register