BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bot Nelayan Hilang Ditemukan Di Dasar Perairan Dungun

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,142
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,142
Reaction score
346
Points
141

Bot Nelayan Hilang Ditemukan Di Dasar Perairan Dungun​

ab262261077c833ab5f3523253cd8ea16aa3f871aea7f

Nelayan memerhatikan bot gentian kaca milik rakannya, Sabrie Rusli, 32, yang dilaporkan hilang di perairan Dungun sejak 27 Ogos lepas, selepas bot berkenaan ditemukan di dasar laut hari ini. Bagaimanapun, Sabrie masih belum ditemui.

Ketua Polis Daerah Dungun Supt Nik Ab Halim Nik Mat berkata bot berkenaan ditemukan pada kedalaman kira-kira 30 hingga 34 meter hasil usaha sekumpulan nelayan yang melakukan pencarian berdasarkan maklumat penemuan tali pelampung sauh, yang dipercayai mempunyai kaitan dengan bot mangsa.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Bot gentian kaca milik nelayan yang dilaporkan hilang di perairan Dungun dekat sini sejak 27 Ogos lepas ditemukan di dasar laut perairan itu hari ini, namun mangsa Sabrie Rusli, 32, masih belum dijumpai.

Ketua Polis Daerah Dungun Superintenden Nik Ab Halim Nik Mat berkata bot berkenaan ditemukan pada kedalaman kira-kira 30 hingga 34 meter hasil usaha pencarian yang dilakukan oleh sekumpulan nelayan berdasarkan maklumat penemuan tali pelampung sauh yang dipercayai mempunyai kaitan dengan bot mangsa.

“Kira-kira 8.30 pagi tadi, seorang nelayan bersama tiga rakannya pergi ke lokasi berkenaan untuk menjalankan pencarian dan hasil selaman, mereka menemukan sebuah bot gentian kaca yang dipercayai milik mangsa.

“Bot yang ditemukan tidak jauh dari lokasi dilaporkan terbalik dan hilang itu kemudiannya ditunda dengan bantuan sebuah lagi bot nelayan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pemeriksaan awal dan pengesahan oleh pihak keluarga mendapati bot yang ditemukan itu adalah milik Sabrie yang sebelum ini dilaporkan hilang.

Nik Ab Halim berkata pihaknya menerima laporan mengenai penemuan bot berkenaan pada 2.30 petang tadi dan telah memaklumkan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia selaku agensi penyelaras operasi mencari dan menyelamat untuk tindakan serta penilaian selanjutnya.

Sementara itu, tinjauan Bernama di Pengkalan Nibong dekat sini petang tadi mendapati bot berkenaan telah dinaikkan ke darat bagi membolehkan pemeriksaan dan siasatan lanjut dijalankan pihak berkuasa.

Bot gentian kaca itu juga didapati berada dalam keadaan baik termasuk enjin sangkut yang masih berada di bot berkenaan.

Pada 27 Ogos lepas, Bernama melaporkan seorang nelayan dikhuatiri hilang selepas bot dinaikinya terbalik di perairan Pulau Tenggol dekat sini.

 
Back
Top
Log in Register