BTC USD 75,701.6 Gold USD 4,338.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

BN Terbuka Kekalkan Kerajaan Perpaduan Di Negeri Sembilan - Ahmad Zahid

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,148
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,148
Reaction score
346
Points
141

BN Terbuka Kekalkan Kerajaan Perpaduan Di Negeri Sembilan - Ahmad Zahid​

c6256d6c3f0aa559c25db1f9e5c6e0bd6a22acb0914fd

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengadakan tinjauan mesra di Karnival Hari TVET Negara 2026 di perkarangan Dataran Putrajaya hari ini.
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Barisan Nasional (BN) bersedia menghadapi pilihan raya negeri (PRN) di Negeri Sembilan dan terbuka untuk meneruskan kerjasama bagi mengekalkan Kerajaan Perpaduan di negeri itu, kata Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid berkata bagaimanapun menegaskan masih terlalu awal untuk mengadakan rundingan rasmi mengenainya.

“Kita bersedia menghadapi pilihan raya di Negeri Sembilan ini… tentunya kita sangat terbuka untuk terus mengekalkan Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan,” katanya selepas membuat lawatan ke tapak pameran Sambutan Hari Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Negara 2026 di Dataran Putrajaya, di sini, hari ini.

Semalam, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun berkata Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan, yang mempunyai 36 kerusi secara rasmi dibubarkan untuk memberi laluan kepada PRN ke-16.

PRN ke-15 pada 2023 menyaksikan gabungan politik PH dan  BN membentuk kerajaan di Negeri Sembilan apabila menguasai 31 kerusi DUN.

Dalam pilihan raya itu, PH memenangi 17 kerusi diikuti BN dengan 14 kerusi manakala Perikatan Nasional (PN) pula lima kerusi.

Negeri Sembilan menjadi negeri kedua membubarkan DUN untuk memberi laluan kepada PRN selepas Johor, yang berbuat demikian pada Isnin lepas.

 
Back
Top
Log in Register