BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bjak.my - Platform ni boleh percaya ke?

aku pun pernah renew dengan Bjak ni. tahun 2020, ok je. smooth.
tahun 2021 ni slow sangat, sebab sangkut dekat penghantaran..ambik masa berapa minggu entah. tak ingat
road tax Pos Malaysia yang hantar.. pejabat pos Kapar dah la slow macam siput
 
Mcm mna lepas tu tuan? Sy baru cuba td. Smapai skrg xdk lagi keputusan.. Duit dh bayaq
whatsapp 0149685812- renew insuran kenderaan( send nombor plat dan nombor kp untuk chek harga)..siap send covernote baru bayar..
 

BJAK tidak pernah diberi kelulusan untuk urus niaga pembaharuan cukai jalan – JPJ​


MGF02012024_ANTHONY-LOKE-JPJ-8-681x454.jpg

Orang awam yang melakukan urusan di kaunter Lesen Memandu Persendirian ketika di JPJ Negeri Selangor, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 02 JANUARI 2024.

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengangkutan Malaysia (MoT) mahupun Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak pernah memberikan kelulusan kepada BJAK Sdn Bhd (BJAK) untuk menjalankan perkhidmatan urus niaga pembaharuan cukai jalan.

Susulan itu, kenyataan yang dipaparkan oleh pihak BJAK melalui laman sesawang mereka iaitu ‘Pembaharuan roadtax secara dalam talian di BJAK telah diaudit, disah dan diluluskan oleh JPJ’ adalah tidak benar dan mengelirukan orang awam.


JPJ berkata, pihaknya memandang serius terhadap kandungan iklan yang dikeluarkan oleh BJAK melalui laman sesawang bjak.my dan media sosial BJAK berhubung perkhidmatan urus niaga pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau cukai jalan secara dalam talian yang ditawarkan kepada orang awam termasuk program pemberian cukai jalan secara percuma.

“JPJ ingin menegaskan pengoperasian oleh pihak BJAK berkaitan urus niaga pembaharuan cukai jalan adalah tanpa kebenaran pihak JPJ,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah JPJ, ia telah menerima beberapa aduan daripada orang awam, antaranya pembaharuan cukai jalan telah dilaksanakan melalui laman sesawang BJAK, namun tempoj sah laku cukai jalan tidak dikemas kini.

“JPJ ingin menjelaskan dan menegaskan bahawa tiada integrasi sistem di antara Sistem JPJ (MySIKAP) dengan sistem yang digunakan oleh BJAK,” kata kenyataan JPJ.

Malah, JPJ turut menerima aduan ketidakpuasan hati orang awam yang perlu membayar caj tambahan ketika memperbaharui cukai jalan yang dikenakan BJAK.

Sedangkan MoT atau JPJ tidak pernah meluluskan sebarang caj tambahan yang dikenakan BJAK kepada para pelanggan mereka.

JPJ menggalakkan urus niaga memperbaharui cukai jalan adalah melalui kaunter JPJ, kiosk JPJ, kaunter bergerak JPJ Mobile, Aplikasi MyJPJ, portal awam JPJ dan platform niaga JPJ (Pos Malaysia, MyEG dan Puspakom) sahaja.

Orang ramai dinasihatkan berhati-hati dengan mana-mana platform yang menawarkan perkhidmatan cukai jalan yang tidak sah bagi mengelakkan sebarang penipuan dan kerugian. – MalaysiaGazette


 
kerap jugak dgr masalah org renew dgn bjak. harap2 yg belum renew survey dl betul2, klu confiden br on

renew insuran dgn orang better, incase nk bt endorsement @ dptkan semula cover note ada orang boleh bantu. benda melibatkan service bukannya mcm beli barang tangible-rosak @ masalah boleh tukar on the spot.

renew roadtax boleh bt da dalam myjpj. klu nk roadtax fizikal boleh bt kat myeg @ kat shopee
 
saya aritu nak renew roadtax..
lepas tanya tempat biasa saya beli roadtax dalam 550,
bjak lagi mahal sebenarnya, dia bg quatation harga paling murah pun 600..
last2 saya try shopee, nah RM470 je lepas dapat voucher RM30..
sebenarnya RM500, pas tolak voucer RM30 dapatlah harga RM470..
kete bini saya pun saya renew kat shopee dah skarang..
boleh bayar secara ansuran lagi 3 bulan pakai Spaylater..
 
Back
Top
Log in Register