BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

AEON Bakal Tawar Platform e-Dagang Pada Ogos 2021

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,560
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,560
Reaction score
7,740
Points
916
AEON merupakan salah satu pasaraya terkemuka di Malaysia, dan mempunyai sejumlah cawangan. Selain itu, mereka mempunyai kedai atas-talian mereka tersendiri untuk memudahkan pengguna membeli barang. Kini, selain kedai atas-talian, AEON juga kini merancang untuk memperkenalkan platform edagang mereka tersendiri seawal Ogos ini, dinamakan My AEON To Go.

Menariknya, platform ini bukan sahaja menawarkan produk daripada AEON serta anak syarikat seperti Daiso dan lain-lain – tetapi juga turut menawarkan produk daripada penyewa AEON sendiri. Ini sekaligus membolehkan pengguna mendapatkan semua produk yang boleh didapati di AEON melalui platform berkenaan. Seperti ramai sedia maklum, didalam pasaraya AEON sering terdapat sejumlah kedai-kedai lain, seperti farmasi, kedai buku, kedai kasut, makanan, minuman dan sebagainya. Kita mungkin akan dapat melihat penawaran lebih kurang sama secara atas-talian.

AEON sendiri mengatakan platform edagang ini akan menyeluruh, dimana semua yang ada di pasaraya AEON akan terdapat di platform ini. AEON dijangka memperkenalka platform ini pada 2 Ogos 2021 kelak.

1624607597489.png
 
Back
Top
Log in Register