fadel
Active+ Member
- Messages
- 3,016
- Joined
- Mar 19, 2007
- Messages
- 3,016
- Reaction score
- 60
- Points
- 35
idola aku tuh..sungguhpun ideologi komunisme..tapi kepimpinannya aku tabik la..
...any way... tahu kah korang:-?,..mcm mane tentera Nazi bole kalah dalam WW11....jawaban nye
pendek kata .. German dah kena tipu ..hidop2x...
ceter nye mcm nie yg ak jmpa kat satu forum jom baca
......operasi tu diberi nama Operation Mincemeat...cite dia camni....
Untuk mengurangkan kekuatan Jerman di Sicily, tempat pendaratan Allies pertama di Eropah mereka merancang satu operasi bagi membolehkan kebanyakan divisyen Jerman ini dihantar ke tempat lain iaitu Pulau Sardinia dan wilayah balkan. Mereka perlu meyakinkan pihak tertinggi tentera Jerman yang Sardinia atau Balkan menjadi sasaran Allies.
Idea ni bukan untuk operasi ini sahaja. Ia pernah dilakukan sebelum pertempuran Alam Halfa di Libya dengan meletak mayat dalam sebuah kereta perisai yang kononnya terlanggar periuk api. Bersama mayat itu peta yang mengandungi maklumat mengenai medan periuk api (tipu) British. Pihak jerman termakan umpan ni dan akibatnya kereta kebal jerman mengelak 'medan periuk api' tetapi termasuk ke kawsan pasir lembut dan tersangkut disitu.
Kali kedua perkara ini berlaku bukan disengajakan. Sebuah pesawat British terhempas dan mayat seorang pegwai hanyut ke pantai Sepanyol, yang merupakan sahabat Jerman semasa itu. Bersama mayat tersebut ialah sepucuk surat dari General Mark Clark kepada Gebnor Gibraltar. isinya mengandungi senarai nama agen Perancis di Afrika Utara dan tarikh pendaratan Allies (operation Torch). Siasatan British mendapati sampul surat tersebut tidak dibuka (walaupun sebenarnya Jerman boleh baca surat tersebut tanpa membuka sampulnya). Tetapi perisikan Jerman berkemungkinan menolak fakta tersebut, kerana mengesayaki ianya sengaja diberi untuk mengelirukan mereka!
Balik kepada Operasi Mincemeat..berdasarkan insiden2 tersebut, Lt Cmdr Ewen Montagu telah mencadangkan supaya perkara seperti itu dilakukan untuk mengelirukan jerman. Beliau mencadangkan supaya mayat tersebut 'mati' akibat 'kemalangan kapalterbang' dan telah berada dilaut selama beberapa hari...ini membolehkan Operasi ini nampak lebih 'real'.
Dengan bantuan pakar patologi Sir Bernard Spilsbury, mereka mendapatkan butir2 keadaan mayat yang diperlukan. melalui pencarian rahsia, mereka mendapat satu mayat seorang lelaki berumur 34 tahun yang mati akibat pneumonia kerana termakan racun tikus. cecair dalam paru-paru akibat penumonia serupa dengan keadaan paru2 mayat manusia yang telah terapung di laut selama beberapa hari. Waris lelaki berkenaan setuju dengan operasi yang akan dijalankan dan bersumpah merahsiakan perkara ini dengan syarat identiti sebenar lelaki itu dirahsiakan.
Langkah seterusnya ialah mencipta identiti palsu. Sekarang bagi tujuan operasi, lelaki tersebut menjadi Kapten (menjalankan tugas Mejar) William Martin dari Royal Marine Commando dan ditugaskan ke Markas Combined Operations. 'Dilahirkan' pada tahun 1907 di Cardiff, Wales. Pangkat tersebut dipilih kerana pegawai yang terlalu junior tidak akan diberi kepercayaan memegang dokumen sulit manakala umur beliau pula terlalu tua. Dengan pangkat kapten tetapi menjalankan tugas Mejar, kedua-dua masalah diselesaikan - 'Major Martin' seolah2 seorang pegawai yang amat bertanggungjawab dan boleh dipercayai.
Untuk menambah sedap lagi, Unit Lt Cmdr Montagu memebri 'tunang' bernama Pam (sebenarnya kerani MI5)- disertakan gambar dan 'surat cinta' mereka berdua. Juga disertakan set kunci, carikan tiket dari persembahan pentas dan beberapa benda lagi. Juga kononnya sebagai seorang yang cuai disertakan bil terlebih tempoh bayaran, kad pengenalan gantian (sebab yang asal 'hilang'), Pas masuk yang belum diperbaharui dan surat dari pengurus bank yang kononnya Major Martin ada overdraf sebanyak 17 pound, 19 shiling dan 11 pence. Bagaimanapun elemen 'cuai' ini membawa risiko yang pihak Jerman akan mengesyaki sesuatu sebab seorang yang cuai dipercayai untuk membawa dokumen sulit. bagaimanapun dipercayai Montagu berharap pihak jerman mengambil perhatian serius kerana terlepas pandang ketika insiden di Sepanyol tersebut.
Dari segi dokumen pula, kononnya Alllies akan mendarat di Sardinia sebagai batu loncatan untuk pendaratan di Selatan Perancis diikuti operasi yang sama di Greece untuk menyerang wilayah Balkan. Untuk mengabui lagi, dokumen tersebut dalam bentuk surat peribadi dari Timbalan Ketua Staf General Imperial di London kepada Genral Sir Harold Alexander, pemerintah tentera British di Afrika Utara. Konoonya secara off the record, pihak atasan mengarahkan Alexander supaya menyerang Sardinia manakala Genral Sir henry Wilson akan menyerang Greece. Dan secara reverse psychology, surat tersebut menyatakan satu pelan penipuan akan dilakukan dimana pihak Jerman akan mempercayai pendaratan akan dilakukan di Sicily (tempat pendaratan sebenar). Dengan ini pihak Jerman
.cont