BTC USD 64,095.7 Gold USD 2,379.77
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Adolf Hitler : Sudut Kisah Yang Jarang Kita Dengar

Sponsored Post

Secara politiknya, ada sebab kenapa Nazi baik dengan orang Islam terutamanya di Baitulmaqdis. Ketika itu Baitulmaqdis dan Palestin secara keseluruhan adalah dibawah penjajahan British dan British merupakan musuh Nazi Jerman. Imam Besar Baitulmaqdis (ada dalam gambar di atas) bertindak menyokong perjuangan Nazi Jerman sebagai satu cara untuk melepaskan diri dari penjajahan British. Nazi menjanjikan kemerdekaan Baitulmaqdis dari British sekiranya kumpulan Imam Besar Baitulmaqdis menyokong mereka.

Pengaruh Turki dalam Nazi Jerman suka berkait rapat dengan usaha sesetengah pihak di Turki untuk melepaskan diri dari pengaruh barat dan mengembalikan kegemilangan Empayar Ottoman yang dimusnahkan pada Perang Dunia Pertama.

Banyak artikel telah ditulis mengenai hubungan kumpulan Islam dengan Nazi Jerman. Paling banyak dipersetujui adalah berkaitan usaha politik. Bukan pengaruh syiar Islam pada Hitler atau pihak tertinggi dalam Nazi. Punca Nazi menghukum Yahudi juga sebenarnya bukan bersifat sentimen agama tetapi lebih bersifat sentimen ekonomi. Pada awal kurun ke-20, Yahudi dikatakan menguasai hampir seluruh ekonomi Eropah dan Jerman adalah kuasa ekonomi yang sangat kuat ketika itu. Secara diam banyak negara-negara di eropah menyokong 'witch-hunt' ke atas golongan yahudi kerana di negara mereka sendiri Yahudi sangat berkuasa dari sudut ekonomi.

Perancangan terancang inilah (termasuk Perang Dunia Ke-2) menyebabkan kaum Yahudi di Eropah diberikan kawasan di Palestin kerana orang Eropah sendiri tidak mahu Yahudi menguasai mereka. Akibat dari perang dunia kedua ini menyebabkan lebih mudah tanah-tanah di Palestin diambil alih oleh Yahudi. Nazi Jerman secara tidak langsung memainkan peranan sebagai punca bagaimana Yahudi dapat menguasai Palestin sekarang.

Jadi baik kita fikir balik tindakan kita untuk kagum dengan Hitler kerana 'rapatnya' beliau dengan pembesar oportunis dari Baitulmaqdis di atas.
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register