Xploit Machine
CG Hardcore Club

- Messages
- 73,559
- Joined
- Nov 23, 2012
- Messages
- 73,559
- Reaction score
- 7,740
- Points
- 916
02.01.2026 - Polis membuka kertas siasatan berhubung kes pergaduhan melibatkan dua individu dengan salah seorang memegang objek disyaki kayu di kawasan Tol Sg Long, Lebuh Raya Lembah Klang Timur (EKVE) menghala ke Balakong, di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian sekitar pukul 9.08 malam.
“Kejadian yang dipercayai berlaku kira-kira pukul 9 pagi itu turut menyebabkan halangan lalu lintas kepada pengguna lebuh raya yang lain. Tindakan mengesan kedua-dua suspek sedang dijalankan” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Naazron, kes disiasat mengikut seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 48(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai kejadian boleh berhubung dengan balai polis berhampiran atau menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Ghazali Zulkifli di talian 016-9740758 bagi membantu siasatan.