BTC USD 76,429.8 Gold USD 4,306.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Polis tahan lelaki amuk pegang 2 pisau di Damansara Perdana

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,511
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,511
Reaction score
1,681
Points
201
Polis tahan lelaki amuk pegang 2 pisau



PETALING JAYA: Seorang lelaki tempatan ditahan polis kerana mengamuk sambil memegang dua bilah pisau, di kawasan lot kedai Damansara Perdana, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, terdahulu pihaknya menerima maklumat awam kira-kira jam 7 malam semalam berhubung insiden itu.

Susulan laporan diterima beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Polis Damansara bergegas ke lokasi kejadian.

“Setiba di tempat kejadian, polis mendapati seorang lelaki tempatan berada di tangga berhampiran premis sambil memegang dua bilah pisau.

“Anggota segera menghampiri suspek dan mengarahkannya menyerahkan senjata berkenaan sebelum lelaki itu berjaya ditahan tanpa sebarang insiden tidak diingini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Shamsudin berkata, suspek kemudian dibawa ke Balai Polis Damansara untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan dan Letupan serta Senjata Berbahaya 1958 kerana membawa senjata berbahaya di tempat awam.

“Siasatan lanjut masih diteruskan dan permohonan reman terhadap suspek dibenarkan selama tiga hari hingga 7 Mei ini.

“Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan, selain menyalurkan maklumat kepada polis jika mempunyai maklumat berkaitan kejadian,” katanya.

Artikel Buletin Tv3
 
Back
Top
Log in Register