BTC USD 75,703.4 Gold USD 4,329.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Polis buru lelaki pukul pemandu lori guna kayu di RNR Dengkil

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,483
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,483
Reaction score
1,681
Points
201


Polis buru lelaki pukul pemandu lori guna kayu di RNR Dengkil

KUALA LUMPUR: Polis sedang giat mengesan seorang lelaki yang disyaki memukul pemandu lori menggunakan kayu di Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Kawasan Rehat dan Rawat (RNR) Dengkil, dalam satu insiden yang tular di laman sosial hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd Akmalrizal Radzi berkata, siasatan mendapati kejadian berpunca apabila kenderaan dipandu suspek keluar dari susur jalan secara meluru sehingga menyebabkan sebuah lori di laluan sama membunyikan hon.

“Pengadu sempat mengambil nombor pendaftaran kenderaan tersebut. Apabila sampai di kawasan berhampiran RNR Dengkil arah Utara dalam keadaan lebuhraya sesak, pengadu memberhentikan lori dan pergi berjumpa dengan suspek.

“Suspek telah mengambil sebatang kayu miliknya dan memukul lengan pengadu sebelah kiri sebanyak satu kali,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Selepas kejadian itu, suspek terus masuk ke dalam kenderaannya sebelum beredar meninggalkan lokasi.

Polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 324/506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali.

“Pihak polis masih giat mengesan kesemua suspek terlibat dan menasihati orang awam supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat diminta tampil ke balai polis terdekat untuk membantu siasatan,” katanya.

Video berdurasi 37 saat kejadian itu tular di laman sosial, memaparkan seorang lelaki memegang kayu sambil didatangi pemandu lori berkenaan.

Artikel ➡️ BuletinTV3
 
Back
Top
Log in Register