BTC USD 75,879.3 Gold USD 4,332.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Polis kesan lelaki pukul pemandu kereta dengan kayu hingga cedera

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,483
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,483
Reaction score
1,681
Points
201



Kejadian di jalan lingkaran dalam.johor bahru. Tidak diketahui kes apa.
 
Polis kesan lelaki pukul pemandu kereta dengan kayu hingga cedera


JOHOR BAHRU: Polis sedang mengesan seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kes memukul seorang pemandu kereta menggunakan kayu sehingga cedera di Jalan Utama Lingkaran Dalam, Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata pihaknya menerima laporan daripada mangsa, seorang penjaga stor berusia 53 tahun dari Singapura, pada 12.24 tengah hari semalam.

Menurut beliau, kejadian berlaku kira-kira pukul 9.15 malam apabila suspek berang kerana mangsa memandu hampir melanggar motosikalnya ketika keluar dari sebuah stesen minyak.

“Suspek kemudian turun daripada motosikal dan memukul tangan mangsa menggunakan sebatang kayu. Mangsa mengalami luka dan bengkak di tangan kanannya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Raub berkata pihak polis kini giat mengesan suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Beliau turut memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian untuk hadir ke balai polis berhampiran atau Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan.

Terdahulu, satu video berdurasi 1 minit 14 saat tular memaparkan seorang lelaki memukul pemandu kereta dengan kayu dalam keadaan marah.

Oleh
AFP
Artikel : Utusan Borneo
 
Back
Top
Log in Register