BTC USD 75,703.4 Gold USD 4,329.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Polis tahan lelaki disyaki pukul kucing hingga mati

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,483
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,483
Reaction score
1,681
Points
201

360011-360011.jpg

14138687793374485-360013.jpg

14138687793374485-360014.jpg

14138687793374485-360015.jpg

14138687793374485-360016.jpg

14138687793374485-360017.jpg

14138687793374485-360018.jpg

14138687793374485-360019.jpg


Polis tahan lelaki disyaki pukul kucing hingga mati

Januari 2, 2026, Jumaat - 1:40pm

KUCHING: Polis mengesahkan tangkapan seorang lelaki warga tempatan berusia 38 tahun berhubung satu video tular di media sosial yang memaparkan perbuatan kejam memukul seekor kucing hingga mati menggunakan objek menyerupai kayu.

Ketua Polis Daerah ACP Alexson Naga Chabu berkata, video berdurasi 41 saat itu dipercayai dirakam di sebuah kedai dobi layan diri di Jalan Astana, di sini.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati suspek terlibat dalam kejadian berkenaan, manakala semakan lanjut mengesahkan objek yang digunakan adalah sebatang kayu.

“Siasatan turut mendapati suspek mempunyai satu rekod lampau berkaitan kesalahan dadah dan hasil ujian saringan awal air kencing menunjukkan suspek positif dadah,” katanya dalam satu kenyataan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan.

Mereka yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil menyalurkan maklumat kepada Bilik Gerakan IPD Kuching di talian 082-244444 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Selain itu, maklumat juga boleh disalurkan terus kepada pegawai penyiasat kes Inspektor Ang Mei Cin di talian 010-7039818.

oleh
Jeremy Lanson

Artikel : Utusan Borneo
 
Lelaki Pukul Kucing Hingga Mati Di Dobi Layan Diri Ditahan, Positif Dadah

KUCHING – Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun semalam bagi membantu siasatan berhubung satu rakaman video tular yang memaparkan tindakan kejam seorang individu memukul seekor kucing sehingga mati.

Kejadian yang tular menerusi video berdurasi 41 saat itu dipercayai berlaku di sebuah kedai dobi layan diri di Jalan Astana, di sini.

Rakaman tersebut memaparkan suspek menggunakan sebatang kayu untuk memukul haiwan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, hasil siasatan awal mengesahkan penglibatan suspek dalam insiden tersebut.

"Semakan lanjut mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau berkaitan kesalahan dadah.

Malah, hasil ujian saringan awal air kencing yang dijalankan ke atas suspek turut mendapati dia positif dadah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, kes kini disiasat di bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan (Akta 574) kerana melakukan pengkhianatan dengan membunuh atau mencacatkan haiwan. Jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali.

Pihak polis turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan proses siasatan yang sedang dijalankan.

Orang awam yang mempunyai maklumat lanjut berkaitan kejadian ini diminta tampil ke mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Bilik Gerakan IPD Kuching di talian 082-244444. Maklumat juga boleh disalurkan terus kepada Pegawai Penyiasat kes, Insp. Ang Mei Cin di talian 010-703 9818.
 
Back
Top
Log in Register