BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Pemandu SUV direman kes sengaja langgar doktor di plaza tol

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,488
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,488
Reaction score
1,681
Points
201

14136591777828253-359075.jpg

14136591777828253-359076.jpg

14136591777828253-359077.jpg


Pemandu SUV direman kes sengaja langgar doktor di plaza tol


BUKIT MERTAJAM - [DIKEMAS KINI] Seorang peniaga direman selama lima hari bagi membantu siasatan berhubung kes seorang doktor yang cedera selepas dilanggar sebuah kereta di lorong Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) di Plaza Tol Lingkaran Luar Butterworth (BORR), Perai.

Suspek lelaki berusia 31 tahun itu dibawa ke Mahkamah Majistret di sini bersama isterinya yang berusia 25 tahun pada pagi Rabu bagi permohonan perintah reman.

Pasangan tersebut hadir ke mahkamah dengan berpakaian lokap berwarna ungu sambil diiringi anggota polis.

Perintah reman telah dikeluarkan Majistret Savinder Singh iaitu bermula Selasa sehingga 3 Januari ini.

Penahanan reman itu bagi membolehkan polis menjalankan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Bagaimanapun, mahkamah menolak permohonan reman terhadap isteri suspek.

Sebelum ini media melaporkan, seorang lelaki cedera dilanggar kereta di sebuah plaza tol di Butterworth selepas meminta pemandu berkenaan mengundur ketika kenderaan dipandu isterinya 'tersangkut' di laluan RFID pada jam 11.30 malam, Ahad lalu.

Isteri lelaki itu yang berusia 31 tahun kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Trafik Seberang Perai Tengah berhubung kejadian berkenaan.

Wanita itu dalam laporannya berkata, suaminya keluar dari kenderaan mereka dan meminta kereta di belakangnya mengundur supaya beliau dapat mengundur keluar dari laluan RFID itu selepas mendapat amaran tag tidak sah.

Bagaimanapun, pertengkaran tercetus antara dua lelaki berkenaan.

Menurut isterinya, pada ketika itu, tiba-tiba kereta tersebut telah melanggar suami dan keretanya.

Katanya, kereta itu kemudian terus meninggalkan tempat kejadian.
 
Back
Top
Log in Register