BTC USD 76,222.4 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Pemabuk todi marah di hon di plaza tol

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,511
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,511
Reaction score
1,681
Points
201


Video tular pergaduhan melibatkan 2 individu di Plaza Tol Kempas, Johor Bahru dipercayai berpunca akibat tidak puasa hati selepas di hon.

Sumber ➡️ Media sosial
 
Polis buru lelaki pukul pemandu lori selepas ‘dihon’


JOHOR BAHRU: Polis sedang memburu lelaki yang didakwa memukul pemandu lori selepas berang keretanya dibunyikan hon di Plaza Tol Kempas, Lebuhraya Utara Selatan, di sini, Ahad lalu.

Video kejadian pada jam 2.30 petang itu turut tular di media sosial, memperlihatkan pemandu lori dibelasah.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, pihaknya mengesan video pergaduhan membabitkan dua lelaki di Facebook dan laporan kejadian diterima pada 5.35 petang Ahad lalu, dibuat pemandu lori berkenaan yang berusia 31 tahun.

“Hasil siasatan mendapati kejadian berlaku pada hari sama, kira-kira 2.30 petang di Plaza Tol Kempas, Lebuhraya Utara Selatan, Kempas.

“Semasa menunggu giliran membayar tol, pengadu yang memandu lori telah membunyikan hon kerana sebuah kereta jenis Proton Wira di hadapannya tidak bergerak walaupun palang tol telah terbuka.

“Berikutan itu, seorang lelaki yang tidak dikenali telah keluar dari pintu penumpang kereta berkenaan dan meminta pengadu membuka pintu lori.

“Selepas pintu dibuka, lelaki berkenaan didakwa telah memukul muka dan kepala pengadu beberapa kali. Pengadu kemudian bertindak mempertahankan diri dengan menendang lelaki itu keluar dari lori berkenaan,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Balveer Singh berkata, kejadian dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati akibat dibunyikan hon dan mangsa mengalami sakit-sakit di bahagian belakang kepala.

Katanya, pihaknya kini mengesan suspek untuk siasatan mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana bergaduh di tempat awam, yang jika sabit kesalahan, pesalah boleh dihukum penjara selama tempoh yang boleh sampai enam bulan, atau denda sehingga RM1,000, atau kedua-duanya.

Polis turut menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini supaya menghubungi dan menyalurkan maklumat kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara di talian 07-5563122.

Artikel : Buletin Tv3
 
Puas hati aku tgk kena terajang..haha
 
Tangkap hantar kat pak dia. Dlu dia kata anak cina, India, bangla kawen indon semua anak dia.
 
Back
Top
Log in Register