BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

BERITA+: Belia ceburi bidang urutan, teruskan warisan dan bina kerjaya sendiri

adi19

Fun Poster
Messages
766
Joined
Oct 30, 2013
Messages
766
Reaction score
3
Points
25

BERITA+: Belia ceburi bidang urutan, teruskan warisan dan bina kerjaya sendiri​

screenshot_2026-06-14_230005.jpg

Nur Amni Amran antara golongan muda yang telah memilih bidang urut sebagai kerjaya mereka.

SINGAPURA: Pekerjaan sebagai tukang urut lazimnya sering dikaitkan dengan golongan yang lebih berusia.

Namun, tanggapan itu kian berubah apabila semakin ramai belia mula melihat bidang tersebut sebagai satu kerjaya yang berpotensi, selain menjadi wadah untuk membantu masyarakat.

IKLAN

Nur Amni Amran dan Muhammad Irfan Khanpiah antara golongan muda yang telah memilih bidang urut sebagai kerjaya mereka.

Minat terhadap terapi urut bukan sahaja membuka peluang untuk membina perniagaan sendiri, malah membolehkan mereka untuk membantu masyarakat secara fizikal dengan mempertingkatkan kemahiran melalui latihan dan pendidikan.

ARWAH AYAH JADI INSPIRASI AMNI JADI TUKANG URUT

Selepas meraih Diploma Komunikasi Massa dari Politeknik Republik (RP) lima tahun lalu, Nur Amni Amran, 28 tahun, berdepan kesukaran mendapatkan pekerjaan yang benar-benar sesuai dengan dirinya.

Pengalaman itu mendorong beliau mengambil langkah berani untuk memulakan perniagaan sendiri.

IKLAN

Pada usia 23 tahun, Amni mula menawarkan khidmat urutan tradisional dan bekam, satu bidang yang jarang diceburi golongan muda.

“Pada permulaannya, kebanyakan keluarga dan kawan-kawan saya seperti tidak percaya saya mahu menjadi seorang tukang urut. Selalunya makcik-makcik yang jadi tukang urut, bukan orang muda,” kata Amni.

Inspirasi tersebut datang daripada arwah bapanya.

“Apabila saya mengurutnya, dia berkata urutan tangan saya sangat menyenangkan. Dari situ saya terfikir, mengapa tidak saya lakukan secara profesional?” tambahnya.

Kini, Amni menjalankan perniagaannya dari rumah dengan menyediakan bilik rawatan khas yang menyerupai suasana spa bagi memastikan keselesaan pelanggan.

IKLAN

Dikenali sebagai “TheBekamGyal” di media sosial, beliau turut menawarkan urutan untuk wanita hamil dan ibu selepas bersalin dan juga bekam.

Dalam tempoh sebulan, Amni menerima sehingga 100 tempahan daripada pelanggan wanita berusia antara 18 hingga 70 tahun.

Bagi meningkatkan mutu perkhidmatan, beliau aktif menghadiri kursus dan latihan di Singapura, Malaysia dan Indonesia.

“Tukang urut di Indonesia banyak menggunakan bahan-bahan organik. Di sana saya belajar cara membuat jamu dan minyak urut. Di Malaysia pula, saya mempelajari teknik urutan urat saraf,” katanya.

Sebagai pengamal urutan generasi muda, Amni melihat dirinya sebagai penyambung warisan yang telah lama wujud dalam masyarakat Melayu.

IKLAN

MINAT TERHADAP SUKAN DORONG IRFAN CEBURI TERAPI SUKAN

Bagi Muhammad Irfan Khanpiah pula, 34 tahun, minat terhadap terapi urutan bermula daripada penglibatannya dalam dunia sukan.

Sebagai seorang pemain bola sepak yang aktif sejak kecil dan kini bermain pada peringkat separa profesional bersama Kelab Geylang Serai, Irfan faham bahawa atlet biasanya masalah lenguh, kesakitan otot dan kecederaan akibat aktiviti sukan.

Pengalaman itu mendorong beliau menawarkan terapi urutan sukan sejak berusia 26 tahun.

“Terapi sukan lebih tertumpu kepada atlet, khususnya bagi pemulihan selepas aktiviti sukan serta langkah pencegahan untuk membantu peredaran darah dan persediaan sebelum bersukan,” jelasnya.

Bagi memastikan kemahirannya diiktiraf, Irfan mengikuti pelbagai kursus profesional termasuk kursus bekam pada 2018, dan kursus Asas Urutan Sukan selama enam bulan dan kursus Urutan Sukan peringkat lanjutan pada tahun 2021.

Menurut beliau, kemahiran dalam urutan sukan turut melengkapkan seseorang untuk menawarkan urutan am kepada pelbagai jenis pelanggan.

BANTU BUKAN ATLET SAHAJA, TETAPI SEMUA KAUM ADAM SECARA AM

“Jika seseorang itu terlatih dalam urutan sukan, mereka juga mempunyai kemahiran untuk melakukan urutan am. Jadi pelanggan saya bukan hanya atlet, malah warga emas dan orang awam daripada pelbagai latar belakang,” katanya.

Hari ini, pelanggan Irfan merangkumi pelbagai golongan termasuk warga emas yang memerlukan rawatan untuk mengurangkan kesakitan dan meningkatkan mobiliti.

Bagi memastikan perkhidmatannya mudah diakses, beliau menawarkan kadar S$50 bagi sesi urutan sukan seluruh badan selama sejam.

“Niat saya adalah untuk memastikan perkhidmatan ini lebih mudah diakses oleh orang ramai. Secara jujur, pendapatannya tidak begitu besar. Sebab itu saya melakukan pekerjaan sampingan menggunakan lori milik sendiri supaya saya dapat mengekalkan harga yang lebih rendah,” katanya.

Walaupun memilih laluan kerjaya yang jarang diterokai oleh belia seusia mereka, Nur Amni dan Muhammad Irfan membuktikan bahawa kejayaan boleh dicapai melalui keberanian untuk mencuba sesuatu yang berbeza.

Daripada urutan tradisional dan bekam hingga terapi sukan, kedua-duanya bukan sahaja berjaya membina perniagaan sendiri, malah terus mempertingkatkan ilmu dan kemahiran demi memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

 
Back
Top
Log in Register