BTC USD 76,316.9 Gold USD 4,300.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Malaysia, Tamil Nadu Teroka Kerjasama Bidang Arkib Dan Dokumentasi Warisan

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,768
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,768
Reaction score
289
Points
146

Malaysia, Tamil Nadu Teroka Kerjasama Bidang Arkib Dan Dokumentasi Warisan​

e6a9201da68ef45049d88c1966e4ebe16a1e36f18f2ba

506bc4022934631bbe5ce22541daf1bb6a1e3715cada0

4750fe03e3a930fa2df8472e5913faa86a1e373a14145

81e3da34cf4ceaa9f1a1c7f7d0b3b6646a1e375015321

Kredit: FB - Yuneswaran Ramaraj

Malaysia dan negeri Tamil Nadu, India berpotensi memperkukuh kerjasama dalam bidang arkib, sejarah dan dokumentasi warisan menerusi pertukaran ilmu serta hubungan rentas budaya antara kedua-dua pihak.

Timbalan Menteri Perpaduan Negara Yuneswaran Ramaraj berkata lawatan kerja beliau ke Tamil Nadu Archives and Historical Research di Chennai baru-baru ini diharap dapat membuka lebih banyak ruang kerjasama antara Malaysia dan negeri berkenaan, khususnya dalam bidang arkib, sejarah, dokumentasi warisan dan pembangunan kefahaman masyarakat.

Beliau berkata lawatan ke institusi arkib rasmi Kerajaan Tamil Nadu itu memberi peluang untuk memahami peranan arkib sebagai pusat ilmu, memori negara dan khazanah warisan sesuatu masyarakat.

“Peranan arkib amat penting dalam menjaga rekod negara, dokumen rasmi kerajaan dan warisan bertulis sebagai rujukan generasi hari ini serta masa depan.

“Arkib bukan tempat yang lama atau membosankan, sebaliknya pusat ilmu yang membantu kita memahami asal-usul, budaya, bahasa dan identiti sesuatu masyarakat,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata lawatan itu berkaitan rapat dengan peranan Kementerian Perpaduan Negara kerana Arkib Negara Malaysia berada di bawah seliaan kementerian berkenaan.

Yuneswaran turut menegaskan golongan muda perlu melihat sejarah bukan sekadar cerita masa lepas, sebaliknya sebagai panduan untuk membina masa depan yang lebih yakin dan berteraskan identiti serta nilai budaya masing-masing.

Tamil Nadu Archives and Historical Research menyimpan pelbagai rekod sejarah, dokumen kerajaan, manuskrip, rekod tanah, gazet dan bahan penyelidikan berkaitan Tamil Nadu serta bekas Madras Presidency.

Institusi itu mempunyai sejarah sejak 1805 dan menempatkan pelbagai koleksi bernilai tinggi termasuk dokumen East India Company, rekod Dutch, Danish dan Persian serta Fort St. George Gazette.

 
Back
Top
Log in Register