BTC USD 76,281.6 Gold USD 4,280.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Masyarakat Tamil Malaysia Teruja Sambut Pelantikan Vijay Sebagai KM Tamil Nadu

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
5b6167f3d8c3a29bead7a91c7c7e3be06a009ec82c01a

3cfe0066d4fe4e84c7bba1ba2ed903986a009f0254a70


Komuniti India di Malaysia khususnya masyarakat Tamil serta diaspora Tamil turut sama meraikan upacara angkat sumpah bintang filem yang kini ahli politik C. Joseph Vijay, 51, sebagai Ketua Menteri baharu Tamil Nadu, India, hari ini.

Di media sosial, pelbagai platform dibanjiri ucapan tahniah dengan ramai memuji perjalanan ‘Thalapathy’ Vijay daripada seorang pelakon terkenal kepada pemimpin politik. Kebangkitan beliau turut disifatkan sebagai sumber inspirasi serta simbol perubahan dalam landskap politik serantau.

Komuniti India di Malaysia turut meluahkan rasa bangga dan teruja, malah ada yang menyifatkan kejayaan itu sebagai ‘detik bersejarah buat masyarakat Tamil di seluruh dunia’. Ramai turut berkongsi rakaman video majlis angkat sumpah tersebut, sambil menyambutnya sebagai kemenangan politik berteraskan golongan muda dan kepimpinan baharu.

Seorang pengguna Instagram, Thiagaseelan Ganeson berkata detik angkat sumpah Vijay hari ini amat peribadi baginya.

“Seorang lelaki yang pernah diejek, diragui, dipandang rendah dan dipersoalkan pada setiap langkah... kini melangkah ke majlis angkat sumpah sebagai Ketua Menteri,” katanya menerusi hantaran di Instagram.

Sementara itu, seorang pengguna Facebook, M. Megala, berkongsi luahan emosi yang menggambarkan sentimen ramai peminat tegar Vijay dengan menyifatkan beliau sebagai figura yang banyak memberi pengaruh sejak zaman kanak-kanak.

“Bagi kami Thalapathyans, perjalanan ini bukan sekadar tentang filem. Ia tentang kesetiaan, emosi dan berdiri teguh bersama Thalapathy melalui setiap jatuh bangun.

“Daripada menguasai layar perak kepada memberi inspirasi kepada jutaan orang di luar dunia filem. Ini bukan pengakhiran, tetapi permulaan lembaran baharu yang penuh makna dalam sejarah,” katanya.

Dalam pada itu, kumpulan peminat Malaysian Vijay Fans (MVF) menganjurkan sambutan MVF-TVK Celebration di TSR Cinemax, Shah Alam hari ini bersempena upacara angkat sumpah Vijay.

 
Back
Top
Log in Register