BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Belia Desa Disaran Ceburi Bidang Bernilai Tinggi, Cipta Peluang Baharu - Ahmad Zahid

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

Belia Desa Disaran Ceburi Bidang Bernilai Tinggi, Cipta Peluang Baharu - Ahmad Zahid​

0952f992281594239816a7346eef71e76a9672601c48e

cce6782828406982d4471ce45964dfb76a96727cc3c38

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melakukan gimik pada Majlis Perasmian Konvensyen Belia Desa 2026 hari ini. Turut hadir Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang.

SHAH ALAM, 1 Sept (Bernama) – Golongan belia luar bandar diseru menceburi bidang bernilai tinggi serta mengubah peranan daripada sekadar merebut peluang kepada pencipta peluang, sekali gus meningkatkan taraf ekonomi dan daya saing masing-masing.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata belia desa perlu memiliki kemahiran yang relevan dengan keperluan industri, termasuk keupayaan menyelesaikan masalah, dan mencipta nilai kerana kelayakan akademik semata-mata tidak lagi mencukupi dalam mendepani kepesatan perkembangan semasa.

“Saya mahu anak-anak muda desa pergi sejauh mana cita-cita membawa anda. Belajarlah, bekerjalah dan carilah pengalaman sebanyak mungkin.

“Tugas kami sebagai kerajaan pula ialah memastikan peluang yang baik tidak hanya tertumpu di bandar, tetapi turut sampai kepada anak-anak muda di desa dan di mana jua anda berada,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Konvensyen Belia Desa 2026 di sini hari ini, yang turut dihadiri Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah turut menggalakkan golongan belia desa untuk memanfaatkan semula ilmu dan pengalaman yang diperoleh untuk pembangunan masyarakat dan kawasan luar bandar.

“Kalau menjadi usahawan, bukakan pasaran kepada pengusaha di tempat asal. Kalau sudah berjaya dalam industri, bantu anak muda lain mendapatkan peluang dan jaringan.

“Dan, kalau suatu hari saudara mempunyai modal, lihat pula bagaimana ia boleh membuka peluang baharu kepada komuniti sendiri,” katanya.

Mengulas mengenai konvensyen itu, Ahmad Zahid berkata resolusi konvensyen akan disalurkan terus kepada Kementerian Belia dan Sukan bagi pertimbangan sewajarnya.

 
Back
Top
Log in Register