BTC USD 75,904.4 Gold USD 4,338.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

TVET 2.0 Akan Diperkenalkan Tumpu Bidang Berimpak Tinggi - TPM Ahmad Zahid

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,137
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,137
Reaction score
346
Points
141

TVET 2.0 Akan Diperkenalkan Tumpu Bidang Berimpak Tinggi - TPM Ahmad Zahid​

9dcca07db1fb663e1486e4d2fbe184b36a083282bb9bc

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berucap sempena Majlis Pelancaran Jelajah Aim TVET anjuran Negeri Perak di Bulatan Azlan Shah, Meru.



--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Kerajaan akan melaksanakan penstrukturan semula kurikulum Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dikenali sebagai TVET 2.0 yang bakal memperkasakan bidang teknologi tinggi, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau yang juga Pengerusi Majlis TVET Negara berkata TVET 2.0 yang bakal dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bulan depan akan memfokuskan kepada mata pelajaran berteraskan teknologi tinggi dan kemahiran berimpak tinggi bagi memenuhi keperluan industri masa depan.

“Ertinya di samping mengekalkan kursus tradisional yang ada, kita akan mengukuhkan dalam bidang robotik, Internet Kebendaan (IoT) dan Kecerdasan Buatan (AI), tenaga boleh baharu serta bidang lain yang sangat diperlukan pasaran.

“Selain itu, dalam hal ini kita juga sedang melihat di mana peluang yang lebih luas (untuk) diberikan kepada pekerja gig, terutama penghantar makanan dan barangan, serta pekerja dalam industri perfileman dan juga dalam industri sokongan yang lain termasuk seni dan kebudayaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Jelajah Aim TVET Negeri Perak dan Kelab Kemahiran Aim TVET di Bulatan Azlan Shah, di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh serta Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan negeri Datuk Khairudin Abu Hanipah.

Selain itu, Ahmad Zahid berkata kerajaan juga akan memberikan tumpuan kepada bidang berpotensi tinggi termasuk animasi susulan peningkatan permintaan industri global.

“Hal ini kerana banyak syarikat animasi di peringkat dunia telah memberikan kerja subcontracting bagi pengeluaran animasi ini kepada syarikat di Malaysia.

“Namun terdapat kekurangan dari segi tenaga (dalam bidang) animasi ini dan kita berharap dengan TVET 2.0 lebih ramai lagi yang akan mencebur dalam bidang ini, Insya-Allah,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register