kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,698
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,698
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
Belia Orang Asli Diseru Lanjutkan Pengajian Ke Peringkat Tinggi, Khususnya TVET - Wan Rosdy
Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail
Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyeru belia Orang Asli di negeri ini agar berusaha menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi, khususnya dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
Ditemui selepas menyempurnakan Majlis Konvokesyen Sijil dan Diploma Kemahiran Malaysia 2026 YP Advanced Skills, beliau berkata gesaan itu susulan kebimbangan terhadap kadar keciciran pelajaran dalam kalangan kira-kira 90,000 penduduk Orang Asli di Pahang yang disifatkan pada tahap yang perlu diberi perhatian wajar.
Justeru, beliau berkata graduan Orang Asli yang berjaya menamatkan pengajian di YP Advanced Skills diharap dapat pulang ke kampung halaman dan menjadi inspirasi kepada generasi muda yang lain.
"Bidang kemahiran kini sangat penting dan bukan lagi pilihan kedua. Jadi, saya harap pelajar Orang Asli yang tamat pengajian pada hari ini dapat menjadi pedoman serta inspirasi seterusnya mengajak lebih ramai anak bangsa mereka untuk menyertai dan masuk ke YP Advanced Skills,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis itu di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini hari ini.
Majlis konvokesyen yang berlangsung hari ini meraikan keseluruhan 388 graduan merangkumi pelbagai program seperti tahfiz mahir, diploma, sijil kemahiran, pembuatan roti dan sebagainya.
Selain itu, Wan Rosdy turut menzahirkan ucapan tahniah kepada YP Advanced Skills yang cemerlang dalam membentuk jati diri pelajar serta membolehkan graduan institusi itu mendapat kebolehpasaran yang tinggi.
“Itulah kelebihan memiliki (sijil) kemahiran. Kalau mereka mahu membuka perniagaan sendiri, mereka boleh lakukannya dan kalau mahu bekerja dengan majikan, itu pun tiada masalah.
“Saranan saya, seelok-eloknya teruskanlah pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi kerana akan ada lebih banyak peluang menanti mereka,” katanya.
Loading…
www.bernama.com