BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ayob Khan Bersara Ahad Ini Selepas 35 Tahun Berkhidmat Dalam PDRM

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,486
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,486
Reaction score
1,681
Points
201
413197-413197.jpg


Timbalan Ketua Polis Negara, Ayob Khan umum bersara mulai Ahad ini

KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay, mengumumkan akan bersara Ahad ini selepas hampir 35 tahun berkhidmat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Insya-Allah, Ahad ini adalah hari terakhir saya dalam pasukan selepas berkhidmat hampir 35 tahun bersama polis," katanya pada sidang media selepas melancarkan buku biografinya, From Pendang to Bukit Aman: The Integrity Journey of Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay, hari ini.

Ayob pernah menyandang beberapa jawatan penting, termasuk Ketua Polis Johor, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, sebelum dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara pada Jun 2023.

Artikel ➡️ Berita Harian
 
413208-413208.jpg


'Lepas ini orang nampak saya pakai sarung dan pagoda, tebar roti canai' - Ayob Khan

Kuala Lumpur: Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay mungkin mempertimbangkan untuk membuka restoran, selepas bersara berkuat kuasa Ahad ini.

Beliau berkata, ia memberi peluang kepada orang ramai untuk melihat dirinya dalam sisi atau suasana berbeza.

Empat tahun hilang, Ras Adiba belum putus asa cari Zalina Azman
"Insya-Allah, Ahad ini adalah hari terakhir saya dalam pasukan selepas berkhidmat hampir 35 tahun bersama polis.

"Selepas ini, mungkin anda akan nampak saya memakai kain sarung dan baju pagoda sambil menebar roti canai," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis pelancaran buku biografinya 'Dari Pendang ke Bukit Aman: Jejak Integriti' di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Ayob Khan berkata, keutamaannya ketika ini adalah berehat terlebih dahulu selepas menamatkan perkhidmatan dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Safeek Affendy Razali
Kredit ➡️ Harian Metro
 

Ayob Khan Bersara Ahad Ini Selepas 35 Tahun Berkhidmat Dalam PDRM​

4d1d52206c60150b94962f4a35b3164e6a62145f57594

d4e4d11155735bad244cabfbcb1d63ba6a6214855ed06

Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam (dua, kanan) menyampaikan buku biografi Tan Sri Mydin Pitchay: Dari Pendang ke Bukit Aman, Jejak Integriti kepada Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk M. Kumar (dua, kiri) pada Pelancaran Buku Biografi tersebut di Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC), Bukit Kiara, hari ini. Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay (kiri) dan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Tan Sri Prof. Datuk Wira Dr Abdul Latiff Abu Bakar (kanan).
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Selepas hampir 35 tahun menabur bakti dalam pasukan "Sang Saka Biru", Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini mengesahkan beliau bakal menamatkan perkhidmatan Ahad ini.

Sepanjang kerjayanya, beliau pernah berkhidmat dalam Cawangan Khas termasuk Bahagian Counter-Terrorism, selain menyandang jawatan Ketua Polis Johor, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman sebelum dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara pada Jun 2023.

“Insya-Allah pada Ahad ini (26 Julai) adalah hari terakhir saya dalam pasukan setelah berkhidmat hampir 35 tahun dalam PDRM,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran buku biografi beliau “Dari Pendang ke Bukit Aman: Jejak Integriti” di sini hari ini.

Mengulas hala tuju selepas bersara, anak kelahiran Kedah itu berkata beliau sudah menerima beberapa tawaran, namun belum membuat sebarang keputusan.

"Ada 'offer' (tawaran) sikit apa semua, saya belum memikirkan lagi. Insya-Allah saya akan fokus untuk rehat dulu sekejap," katanya.

Ayob Khan turut berseloroh mahu membuka restoran mamak sebelum menjelaskan niat sebenarnya untuk meluangkan masa berkualiti dan berehat selepas bersara.

Beliau turut membayangkan perancangan untuk menghasilkan sebuah lagi naskhah yang lebih terperinci mengenai operasi-operasi berprofil tinggi yang pernah dikendalikannya, namun tertakluk kepada proses penyahklasifikasi bahan berkaitan.

Terdahulu, dalam ucapannya pada majlis pelancaran buku biografi itu, Ayob Khan berkata setiap jawatan dan pangkat akhirnya akan berakhir, justeru seseorang perlu belajar melepaskan amanah yang dipikul.

“Pangkat akan berakhir, jawatan akan bertukar, seragam akhirnya akan digantung. Belajarlah untuk melepaskan. Semua yang ada pada kita hari ini tidak kekal,” katanya.

 

Di Sebalik Lencana: Kisah dan Legasi Tan Sri Ayob Khan | Ruang Bicara​

TETAMU DI STUDIO;
Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay
Mantan Timbalan Ketua Polis Negara

Lencana bukan sekadar lambang kuasa, tetapi amanah untuk mempertahankan keamanan dan kedaulatan negara. Ketegasan, keberanian dan integriti menjadi taruhan dalam setiap tugas seorang pegawai polis.

Malam ini, Ruang Bicara membongkar pengalaman Tan Sri Ayob Khan dalam menghadapi ancaman keselamatan, membuat keputusan sukar dan memimpin pasukan dalam situasi berisiko tinggi.

 

BEKAS TIMBALAN KETUA POLIS NEGARA TAN SRI AYOB KHAN MENJAWAB BEBERAPA SOALAN 'PANAS' SEWAKTU..​

Sebuah rakaman video Podcast bual bicara MMTV PODX bersama bekas Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ayob Khan,mengenai integriti Pegawai Polis.

 
Back
Top
Log in Register