BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Selepas 28 Tahun Berkhidmat, Zulkifli Tinggalkan Legasi Reformasi Pentadbiran Pulau Pinang

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146

Selepas 28 Tahun Berkhidmat, Zulkifli Tinggalkan Legasi Reformasi Pentadbiran Pulau Pinang​

e1c96fa3b9d8937fc1a2ac6a927c0c716a6d5c7eccd9f

ce487b57829b7406548a3e1b892ea4166a6d5caa0baf5

Selepas lebih 28 tahun berkhidmat dalam perkhidmatan awam, Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Pulau Pinang Datuk Seri Zulkifli Long bakal menamatkan tugasnya esok dengan meninggalkan pelbagai pembaharuan dalam pentadbiran negeri.

Selepas lebih 28 tahun berkhidmat dalam perkhidmatan awam, Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Pulau Pinang Datuk Seri Zulkifli Long bakal menamatkan tugasnya pada esok dengan meninggalkan pelbagai pembaharuan dalam pentadbiran negeri.

Pembaharuan itu termasuk usaha mempercepat penyampaian perkhidmatan dan mengurangkan kerenah birokrasi.

Bagaimanapun, bagi Zulkifli, 60, yang berasal dari Tok Bedu, Tasek Gelugor di Seberang Perai Utara (SPU), perjalanan kerjayanya bukan sesuatu yang dirancang sejak awal.

Beliau tidak pernah bercita-cita untuk menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri kerana menyangka kerjayanya akan berakhir di Jabatan Agama Islam Pulau Pinang, iaitu tempat beliau memulakan kerjaya selepas memperoleh Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

“Namun, Allah mengatur perjalanan yang berbeza dan kerana berkat doa kedua ibu bapa saya. Saya memohon pegawai tadbir dan diplomatik sebelum diterima dan memulakan tugas di daerah SPU, iaitu kampung halaman saya," katanya dalam satu temu bual eksklusif bersama Bernama di pejabatnya.

Sebelum melanjutkan pengajian di UIAM, beliau mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Agama Wilayah Persekutuan selepas meninggalkan kampung halaman untuk menyambung persekolahan di Kuala Lumpur.

Sepanjang kerjayanya, Zulkifli berkhidmat di pelbagai jabatan termasuk pejabat daerah, pentadbiran tanah, Jabatan Agama Islam Pulau Pinang, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Unit Perancang Ekonomi Negeri dan Jabatan Pengarah Tanah dan Galian sebelum dilantik menerajui pentadbiran negeri.

Beliau berkata setiap penempatan memberikan pengalaman berbeza yang membentuk pemahamannya mengenai fungsi sebenar tugas perkhidmatan awam, yang bukan sekadar memastikan prosedur dipatuhi, sebaliknya mencari jalan agar sesuatu urusan boleh dipermudah tanpa mengabaikan undang-undang.

 
Back
Top
Log in Register