BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Legasi Wasatiyyah Al-Qaradawi, Seruan Perpaduan Kekal Relevan Buat Malaysia - Zulkifli

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

Legasi Wasatiyyah Al-Qaradawi, Seruan Perpaduan Kekal Relevan Buat Malaysia - Zulkifli​

8f72c6dc090b6a34c873601571c586646aa34cbe3d096

Kredit: FB - YB Senator Dr. Zulkifli Hasan

Legasi tokoh ulama terkenal Imam Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi, khususnya dalam memperjuangkan pendekatan wasatiyyah, perpaduan dan keadilan, kekal relevan buat Malaysia ketika negara memperingati 100 tahun kelahiran tokoh berkenaan.

Al-Qaradawi yang dilahirkan pada 9 Sept 1926 dan meninggal dunia pada 2022 meninggalkan warisan keilmuan yang merangkumi lebih 100 jilid karya, selain menjadi antara tokoh utama pemikiran wasatiyyah Islam moden.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan dalam hantaran Facebook bersempena dengan ulang tahun ke-100 kelahiran al-Qaradawi berkata tokoh itu bukan sahaja seorang murabbi ummah, malah menjadi antara tonggak pemikiran Islam sederhana yang membimbing generasi pendakwah menolak kejumudan dan fahaman ekstremisme (ghuluw).

“Hubungan al-Qaradawi dengan Malaysia khususnya persahabatannya dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak era 1970-an turut terjalin erat sepanjang hayatnya,” katanya.

Zulkifli berkata warkah-warkah terbuka al-Qaradawi, khususnya menerusi Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia, konsisten mengiktiraf kewibawaan Anwar.

Beliau berkata antara yang penting adalah pada April 2013 apabila Allahyarham Tok Guru Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang rapat dengan Anwar melancarkan kempen risalah mengandungi surat-surat sokongan terbuka daripada al-Qaradawi terhadap Anwar, yang ketika itu Ketua Pembangkang, sebagai calon Perdana Menteri Malaysia.

“Dalam surat itu, al-Qaradawi menyeru pemimpin pembangkang Malaysia supaya bersatu dan bermesyuarat bagi mengelakkan perpecahan, selain mengiktiraf kewibawaan, pengalaman serta sokongan rakyat pelbagai kaum terhadap Anwar yang dinilainya layak memimpin dan menerajui pentadbiran negara.

“Pada Oktober 2014, al-Qaradawi turut menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya bersatu padu dan memelihara nilai demokrasi demi membina sebuah negara Islam yang maju dan wasatiy. Beliau juga pada masa sama menyeru supaya Anwar tidak terus dizalimi dan difitnah,” katanya.

Hubungan akrab dan kepercayaan antara kedua-dua tokoh itu diteruskan menerusi warkah khas al-Qaradawi pada Mei 2018 yang diterjemahkan oleh Allahyarham Ustaz Datuk Dr Siddiq Fadzil.

 
Back
Top
Log in Register