BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penerangan Laluan Alternatif Pada Perjumpaan Legasi Everest Malaysia

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Penerangan Laluan Alternatif Pada Perjumpaan Legasi Everest Malaysia​

c0df4579f4b2ad65a0c6717ff9eb62876a870807149d0

Datuk M. Magendran

Pendaki Malaysia yang pernah menawan puncak Everest, pendaki gunung dan peminat sukan lasak, akan diberikan penerangan mengenai cadangan laluan alternatif ke Gunung Everest, yang dapat mengurangkan laluan pendaki di Khumbu Icefall yang berbahaya pada satu perjumpaan khas di sini, pada Ahad.

Pendaki Malaysia pertama yang menawan puncak Gunung Everest Datuk M. Magendran berkata cadangan Laluan Sundare Sherpa-Marc Batard itu, akan dibentangkan Pengerusi Himalaya Expeditions Bikram Pandey, sebagai sebahagian daripada acara memperingati tiga dekad legasi Everest Malaysia.

“Laluan baharu Everest ini tidak mendakwa dapat menghapuskan risiko sedia ada dalam pendakian gunung beraltitud tinggi. Sebaliknya, objektifnya adalah untuk mengurangkan pendedahan kepada Khumbu Icefall yang tidak stabil dan mewujudkan alternatif yang lebih selamat serta tahan lama untuk tiba di Kem 1,” katanya.

Cadangan laluan tersebut bermula dari kawasan Kem Induk Everest menghala ke Rabung Nuptse, menyediakan jalan alternatif ke Kem 1 tanpa perlu merentasi Khumbu Icefall sepanjang kira-kira empat kilometer, yang merupakan antara bahagian paling mencabar secara teknikal dan berbahaya dalam laluan konvensional Everest.

Laluan ini telah diteroka, dikaji dan dilengkapkan secara berperingkat sejak 2021 oleh pendaki gunung Perancis dan Nepal, termasuk pendaki Alpinis Perancis terkemuka Marc Batard, Speed Kaji Sherpa dan Passang Nuru Sherpa.

Khumbu Icefall dicirikan oleh rekahan, lubang dan bentuk muka bumi glasier yang sentiasa berubah-ubah, dengan dokumentasi projek merekodkan bahawa 48 orang telah kehilangan nyawa di kawasan air terjun ais tersebut, dengan kebanyakannya merupakan Sherpa.

Laluan yang dicadangkan itu, dijangka menggabungkan kira-kira 200 anak tangga logam kekal dan 300 meter tali tetap, tertakluk kepada penyiapan kerja-kerja yang diperlukan serta kebenaran oleh pihak berkuasa Nepal.

Magendran berkata perjumpaan di Kuala Lumpur itu akan meraikan tiga dekad penglibatan rakyat Malaysia di Gunung Everest dan pendakian pergunungan Himalaya, menghimpunkan komuniti Everest dan persaudaraan sukan lasak untuk menghormati legasi pendaki Malaysia dan meninjau masa depan penerokaan Himalaya.

Beliau berkata Pandey yang juga presiden dan pengasas Everest Marathon, dijangka berkongsi sejarah dan visi acara tersebut, serta meneroka potensi kerjasama dengan penganjur maraton Malaysia, para pelari dan komuniti sukan lasak.

 
Back
Top
Log in Register