BTC USD 63,476.2 Gold USD 4,482.88
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ashraf Sinclair Meninggal Dunia

Astro AWANI
58 min ·
Ahli keluarga dilapor sedang mengurus upacara pengebumian jenazah.
#AWANInews #AWANIpagi #PerginyaAsyrafSinclair



Jenazah Ashraf Sinclair dikebumi di Sandiego Hills
Afiq Ariffin, Astro Awani |
Diterbitkan pada
Februari 18, 2020 10:27 MYT

Facebook Twitter Email


Upacara pengebumian Allahyarham Ashraf dijadual berlangsung di Sandiego Hills pada jam 8:04 pagi waktu Indonesia. -Foto Instagram/@ashrafsinclair

JENAZAH suami penyanyi Bunga Citra Lestari (BCL), Ashraf Sinclair dilaporkan tiba di rumah pengebumian di kawasan Pejaten Barat, Jakarta Selatan, jam 7.33 pagi waktu tempatan.

Menurut sumber yang dihubungi Astro AWANI, BCL keluar dari kenderaan jenazah dengan mata yang sembap.

Jelas sumber lagi, upacara pengebumian suami BCL dijadual berlangsung di Sandiego Hills pada pukul 8:04 pagi waktu Indonesia (9:04 pagi waktu Malaysia).

Ketika ini, kesemua ahli keluarga sedang mengurus upacara pengebumian jenazah.

Ashraf Sinclair meninggal dunia pada awal pagi Selasa kira-kira jam 3.45 waktu tempatan ekoran daripada serangan jantung.

Berita sedih itu disahkan oleh pengurus BCL sendiri, Doddy menerusi perbualan aplikasi WhatsApp.

"Iya (benar meninggal). Serangan jantung," katanya.

Ashraf atau nama sebenarnya Ashraf Daniel Mohammed Sinclair lahir di London, England pada 18 September 1979.

Beliau mengahwini penyanyi Bunga Citra Lestari pada 2008.

Allahyarham juga merupakan abang kepada penyampai radio Mix FM dan pelakon Aishah Sinclair, 39.


Tempat perkuburan orang kaya2 ni san diego hills ni. kepunyaan Lippo Group senang cerita bukan BMF punya kubur lah.
 
Harga Pemakaman bernuansa Islam San Diego Hills yang cocok untuk keluarga muslim


 
Kdg2 org yg aktif bersukan, makan tak jago. Jadi boleh jadi saluran darah tersumbat jadi punco serangan jantung.

den pun risau ni berat 100kg+++ dah, skg mkn kontrol & bnyk jln kaki & kayuh bskl lipat dgn anak2
 
Kdg2 org yg aktif bersukan, makan tak jago. Jadi boleh jadi saluran darah tersumbat jadi punco serangan jantung.

den pun risau ni berat 100kg+++ dah, skg mkn kontrol & bnyk jln kaki & kayuh bskl lipat dgn anak2

dari zaman fat burner lipo 6 dlm cg ni lagi bro nak cuba nak kuruskan badan...tak kurus-kurus lagi ke? hahaha..btw umur berapa?
 
jantung. muda lg 40. takziah
 
Back
Top
Log in Register