BTC USD 59,524.0 Gold USD 4,322.41
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ashraf Sinclair Meninggal Dunia

Astro AWANI
1 min ·
San Diego Hills menawarkan kawasan liang lahad yang lain, namun ditolak BCL.
#AWANInews #AWANIpagi #PerginyaAshrafSinclair



Ingin disemadi sebelah kubur Ashraf, Bunga Citra Lestari tempah liang lahad dengan harga RM75,000

Februari 19, 2020 09:07 MYT
Facebook Twitter Email

Ingin disemadi sebelah kubur Ashraf, Bunga Citra Lestari tempah liang lahad dengan harga RM75,000

Ashraf Sinclair meninggal dunia akibat serangan jantung kira-kira pukul 4 pagi Selasa (waktu tempatan). - Astro GEMPAK

PEMERGIAN aktor Ashraf Sinclair sangat memberi kesan yang besar kepada ramai orang terutama isterinya, aktres terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL).

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif San Diego Hills, Suziani Japardy, BCL bukan saja menempah liang lahad untuk arwah Ashraf malah untuk dirinya jua.

"Benar, BCL minta mahu berdampingan dengan suaminya. Itu sudah direncanakan oleh dia," katanya kepada detik.com.




Malah, pada awalnya pihak San Diego Hills menawarkan kawasan liang lahad yang lain namun ditolak oleh BCL.

"Beliau tak mahu 'single'. Dia mahu berdampingan dengan suaminya.

"Pengurusnya, Doddy yang menghubungi saya dan menempah dengan harga RM75,000," katanya lagi.

Terdahulu, Ashraf Sinclair dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung kira-kira pukul 4.00 pagi (waktu tempatan).

Allahyarham meninggalkan balu, BCL dan seorang cahaya mata lelaki, Noah Sinclair, 10.



Sumber: Detik.com



takut kawin lain, x jadi tanam sebelah pula..
apapon, terima je kematian seadanya..
mmg zaman akhir ni mcm2 bende pelik bole jadi..
 
terimakasih bro.

menarik juga ya. Curiga pula al-ain ni berlaku bila tengok 'live' aja ke, atau boleh berlaku kalau orang tu tengok gambar fb, insta dsb
dgn gambar pon boleh.itula jgn byk upload sgt gambar keluarga dekat facebook..bahaya takut trkena pandangan ain.
Ain boleh terkena .. sebagai cth seseorang tue memuji anak kita comel tanpa meletakkan kepujian kepada Allah terlebih dulu.
anak kita mungkin boleh terkena ain..jatuh sakit dengan tiba2.. dpt penyakit pelik2... bahkan boleh meninggal dgn tiba2.
 
Last edited:
Fifteen I'm all right with you
Fifteen, there's never a wish better than this
When you only got hundred years to live


 
IMG_20220524_203137_524.jpg

Penyanyi Bunga Citra Lestari (BCL) kini menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal selepas suami tercinta, Ashraf Sinclair meninggal dunia pada 18 Februari 2020.

Selepas dua tahun hidup bersendirian, BCL mengaku dirinya masih dalam fasa menenangkan diri dan mencari kebahagiaan.

Ikuti berita terkini di grid.astroawani.com


#AWANInews
 
"Selamat hari jadi di syurga" - BCL titip ucapan hari jadi buat arwah Ashraf Sinclair

Gempak
Gempak
September 19, 2024 15:30 MYT

Selamat hari jadi di syurga - BCL titip ucapan hari jadi buat arwah Ashraf Sinclair
BCL memuat naik gambar Ashraf meniup lilin dan mengucapkan selamat hari jadi kepada arwah suaminya itu. - Gempak

BUKAN mudah untuk kita melupakan seseorang lebih-lebih lagi insan yang paling rapat dalam hidup kita.

Meskipun sudah mendirikan rumah tangga yang baharu, penyanyi, Bunga Citra Lestari tidak pernah melupakan orang yang pernah membahagiakannya iaitu Allahyarham Ashraf Sinclair.

Dalam satu hantaran di Instagram penyanyi yang popular dengan lagu Wanita Terbahagia itu telah memuat naik gambar Ashraf meniup lilin dan mengucapkan selamat hari jadi kepada arwah suaminya itu.

Pelantun lagu Wanita Terbahagia itu juga menyatakan bahawa ada pelbagai perkara yang ingin dia sampaikan kepada Allahyarham.

“Selamat hari lahir di syurga. Saya rasa seperti banyak yang ingin diucapkan, banyak cerita yang ingin dikongsikan tetapi tidak tahu bagaimana untuk meluahkannya.

“Kamu sangat bermakna bagi saya dan untuk semua orang yang terlalu menyayangi kamu. Semoga merayakan dengan meriah di sana. Saya rindukan kamu,” katanya.

BCL juga menzahirkan rasa syukur atas kenangan yang telah dibina bersama dengan arwah suaminya itu.

“Apa yang boleh saya katakan ialah terima kasih. Terima kasih untuk semua momen indah, semua perjuangan yang kita lalui.

“Kegembiraan dan air mata yang dikongsikan bersama. Terima kasih untuk semua kenangan yang kita ada bersama,” katanya.

Bunga Citra Lestari dan Ashraf Sinclair telah melangsungkan perkahwinan pada 2008 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Noh Aidan Sinclair, 13.

Ashraf bagaimanapun meninggal dunia ketika tidur akibat serangan jantung pada 18 Februari 2020.

Selepas empat tahun, BCL kemudiannya telah berkahwin buat kali kedua ngan Tiko Aryawardhana yang merupakan ahli perniagaan pada 3 Disember 2023. --
#Bunga Citra Lestari #Ashraf Sinclair #ucapan selamat hari jadi #BCL
 
Back
Top
Log in Register