BTC USD 76,311.8 Gold USD 4,324.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jalil Hamid meninggal dunia dalam tidur

kakigossip

Active+ Member
Messages
3,067
Joined
Apr 21, 2011
Messages
3,067
Reaction score
40
Points
40
JALIL-HAMID-MENINGGAL.jpeg

JALIL meninggal dunia dalam tidur selepas bertarung dengan masalah jantung.

Jalil Hamid meninggal dunia dalam tidur. PETALING JAYA – Pelakon dan penyanyi veteran, Jalil Hamid disahkan meninggal dunia dalam tidur selepas bertarung dengan masalah jantung.

Berita tersebut disahkan anak perempuannya, Afiqah Jalil yang mendapati ayahnya tidak sedarkan diri kira-kira pukul 12 tengah hari tadi.

Betul (meninggal dunia). Dia meninggal dalam tidur. Kami sedar pada pukul 12.30.

“Dia dah solat subuh dan nak rehat. Ibu pergi periksa ayah dan didapati ayah sudah tiada,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online.

Dalam masa sama, Afiqah memaklumkan jenazah ayahnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan USJ 21 selepas asar.

“Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan USJ 21.

“Solat jenazah akan diadakan selepas asar di Masjid Al Munawwarah, Shah Alam selepas asar,” ujarnya.

Sebelum ini, mendedahkan mengalami penurunan berat badan mendadak sebanyak 30 kilogram (kg) selepas mengalami masalah kesihatan jantung dan hilang selera makan.

Terdahulu, menerusi temu bual bersama HibGlam, arwah pernah berkongsi rasa kecewa apabila hasrat menunaikan ibadah haji pada tahun lalu tidak kesampaian berikutan masalah kesihatan.

Menurut Allahyarham, dia menyimpan niat sejak 2008 untuk menerima panggilan daripada Tabung Haji namun gagal memenuhi syarat kesihatan ditetapkan kerana masalah jantung yang dihadapinya.

Sepanjang karier, Allahyarham cukup terkenal dengan lagu-lagu Ayam dan Raya.

Menerusi lakonan pula, Jalil pernah membintangi filem Wanita Bertudung Hitam, Baginda, Zombi Kampung Pisang dan Bisik Pada Langit serta puluhan drama sejak 1980-an.

Bakat lakonannya mencuri tumpuan sehingga memenangi beberapa anugerah seperti Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Baginda) dalam Festival Filem Malaysia ke-13, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama (Calon Syurga) di Anugerah Skrin 2016.

Anak jati Masai, Johor itu juga berjaya dinobatkan sebagai pelakon Lelaki Terbaik Filem menerusi Bisik Pada Langit pada Anugerah Telenovela 2018. – KOSMO! ONLINE

==============================

Aduh, sedih jugak bila baca berita mcm ni.. arwah selalu buat kita gelak dgn lakonan dia, tapi takpela, dia dah rehat sekarang. Btw, latest dia post gambar lama dgn family... always family man la dia ni 😢.

 
12e9fd899fbd1931fdab0213772fe4e669f840f1dd718

Jalil Hamid

Pelakon dan penyanyi veteran Jalil Hamid meninggal dunia  di kediamananya di Shah Alam pada 12.30 tengah hari tadi pada usia 69 tahun.

Anak perempuan Allahyarham, Afiqah Jalil berkata bapanya meninggal dunia dalam tidur.

“Selepas Subuh tadi, ayah sambung tidur semula… lepas itu ayah tiada lagi. Ayah ada masalah jantung bengkak,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan selepas solat Asar di Tanah Perkuburan Islam USJ 21.

Jalil atau nama sebenar, Abd Jalil Abd Hamid  mula aktif dalam industri seni sejak lebih 40 tahun lepas dan dikenali sebagai artis serba boleh termasuk sebagai pelakon komedi selain membintangi filem dan drama yang menyentuh hati peminat seni tanah air.

Antara karya ikonik yang pernah dihasilkan termasuklah lagu Ayam dan Raya serta membintangi filem Baginda dan Zombi Kampung Pisang serta beberapa drama tempatan.

 
a5bc0b35-ee3a-4f4c-a665-5752a33a1317.jpeg

FAHMI mengganggap Jalil Hamid sebagai permata berharga dalam dunia industri

Fahmi sifatkan Jalil Hamid sebagai penghibur unik" PETALING JAYA – Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menyifatkan Allahyarham Jalil Hamid sebagai kehilangan sebutir permata berharga dalam industri seni tanah air.

Fahmi menekankan bahawa Allahyarham merupakan seorang tokoh seni yang serba boleh, bukan sahaja dalam bidang lakonan malah juga dalam bidang nyanyian.

“Kita kehilangan sebutir lagi permata industri seni tanah air hari ini.

“Saudara Jalil Hamid merupakan seorang seniman yang tidak asing dalam dunia lakonan dan nyanyian sejak lebih empat dekad lalu.

“Beliau merupakan penghibur yang unik dengan gaya dan bakat tersendiri,” katanya dalam Instagram.

Tambahnya, sumbangan besar yang ditinggalkan Allahyarham sepanjang hayatnya akan terus terpahat dalam ingatan masyarakat.

“Segala jasa, bakti dan sumbangannya akan sentiasa dikenang,” ujarnya.

Dia juga mendoakan agar seluruh ahli keluarga, sahabat handai, serta rakan-rakan seperjuangan Allahyarham diberikan ketabahan dalam menghadapi saat hiba ini.

“Takziah buat seluruh ahli keluarga, sahabat handai dan rakan-rakan seperjuangan Allahyarham.

“Sama-sama kita doakan agar rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan dalam kalangan orang beriman,” katanya lagi.

Hari ini, dunia hiburan dikejutkan dengan kehilangan Jalil Hamid yang meninggal dunia dalam tidur selepas bertarung dengan masalah jantung.

Sepanjang karier, Allahyarham cukup terkenal dengan lagu lagu Ayam dan Raya.

Menerusi lakonan pula, Jalil pernah membintangi filem Wanita Bertudung Hitam, Baginda, Zombi Kampung Pisang dan Bisik Pada Langit serta puluhan drama sejak 1980-an.

Bakat lakonannya mencuri tumpuan sehingga memenangi beberapa anugerah seperti Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Baginda) dalam Festival Filem Malaysia ke-13, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama (Calon Syurga) di Anugerah Skrin 2016.

Anak jati Masai, Johor itu  juga berjaya dinobatkan sebagai pelakon Lelaki Terbaik Filem menerusi Bisik Pada Langit pada Anugerah Telenovela 2018. – KOSMO! ONLINE
==============================
Eh sedih la, kehilangan lagi. Ni mmg seniman sejati, xde ganti kot. Moga family dia kuat2 hadapi dugaan ni. Kat IG dia pun last post touching habis, dorang mesti bangga dgn legacy dia tinggalkan.

 
cd2558332fb01ab48ecac24c33cc4c7769f863e130806


Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil menyifatkan pemergian pelakon veteran Jalil Hamid sebagai kehilangan sebutir lagi permata industri seni tanah air.

Beliau berkata segala jasa, bakti dan sumbangan Allahyarham akan sentiasa dikenang.

“Saudara Jalil Hamid merupakan seorang seniman yang tidak asing dalam dunia lakonan dan nyanyian sejak lebih empat dekad lalu.

“Beliau merupakan penghibur yang unik dengan gaya dan bakat tersendiri,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Fahmi turut merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga, sahabat handai serta rakan seperjuangan Allahyarham.

“Semoga mereka diberi kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi kehilangan ini. Sama-sama kita doakan agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Al-Fatihah,” katanya.

Sementara itu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham dan menyifatkan pemergian pelakon veteran itu sebagai satu kehilangan besar kepada industri seni negara.

Beliau berkata jasa dan sumbangan Jalil sepanjang penglibatannya dalam dunia seni akan terus dikenang oleh masyarakat.

“Pemergian beliau adalah satu kehilangan besar, bukan sahaja kepada keluarga, malah kepada industri seni negara yang telah lama menikmati bakat dan sumbangan beliau.

 
ANAK-JALIL-HAMID.jpg

ANAK kelima Jalil, Afiqah cukup sedar tentang hasrat arwah bapanya yang tidak putus-putus berharap boleh ke Tanah Suci Mekah untuk mengerjakan haji.

‘Arwah berlakon cerita tak jadi pergi haji, kami jadikan gurauan’ SHAH ALAM – Hasrat menunaikan rukun Islam kelima tidak kesampaian, anak kepada Allahyarham Jalil Hamid, Afiqah Jalil mengakui bapanya menyimpan rasa kecewa apabila impian ke Tanah Suci terhalang oleh faktor yang tidak dapat dielakkan.

Ujar Afiqah, 33, Allahyarham sepatutnya berangkat menunaikan ibadah haji tahun ini selepas mengikuti kursus persediaan, namun masalah kesihatan tidak mengizinkan.

“Memang itu hasrat terbesar dia. Tahun lepas ibu pergi seorang, tahun ini ayah sudah buat kursus haji, tetapi tak dapat pergi juga sebab masalah jantung.

“Dia agak kecewa juga. Kami cuba pujuk, kata tak apa, mungkin belum rezeki. Tapi saya tahu dia sedih tak dapat tunaikan haji,” katanya kepada Kosmo! Online.

Tambah anak kelima daripada enam adik beradik itu, Allahyarham pernah berseloroh tentang perkara tersebut memandangkan pernah membintangi telefilem berkisar haji berjudul Selangkah ke Syurga. Sebuah lagi telefilem berkisarkan keinginan mengerjakan haji lakonan arwah berjudul Lebai Sampan.

“Dia pernah berlakon cerita tak jadi pergi haji, jadi kami selalu bergurau tentang perkara itu.

“Tapi di sebalik gurauan, saya tahu dia simpan rasa sedih. Itu memang impian dia,” ujarnya.

Afiqah turut meluahkan rasa syukur masih sempat berkongsi momen berharga bersama bapanya meskipun hubungan mereka sebelum ini sering disulami perbezaan pendapat.

“Saya bersyukur sebab sempat ada momen dengan ayah. Walaupun kami selalu berbalah, tapi jauh di sudut hati, saya hargai dia.

“Bila fikir balik, saya rasa bersyukur sebab dia tahu kami sayang dan hargai dia,” luahnya.

Mengimbau detik terakhir bersama, Afiqah berkata perbualan terakhir mereka berlaku malam sebelum Allahyarham menghembuskan nafas terakhir.

Paling penting katanya, hasrat bapanya ingin ke Singapura untuk pelancaran bukunya yang berjudul Autobiografi Jalil Hamid pada minggu hadapan juga tidak kesampaian. – KOSMO! ONLINE
==============================
Alahai, sedih dengar cerita arwah ni. 😢 Kadang2 kita plan mcm best, tapi realiti lain pulak. Adik beradik ok la, sempat berbaik2 dgn arwah kan. Apa pun, harap momen bergurau2 tu jadi kenangan manis.

 
42b74c6be46d6df0f4fd71bfb87cbd5969f894ed28a73

kredit: FB Datuk Seri Anwar Ibrahim

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan takziah atas pemergian pelakon dan penyanyi veteran Jalil Hamid hari ini.

Anwar menyifatkan Allahyarham sebagai seniman yang banyak menyumbang kepada dunia seni tanah air dan pemergian itu merupakan kehilangan besar kepada industri kreatif negara.

“Jasa dan legasinya akan terus dikenang. Salam takziah buat seluruh keluarga Allahyarham.

“Semoga diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi saat yang sukar ini,” kata beliau menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Jalil atau nama sebenarnya Abd Jalil Abd Hamid meninggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pada 12.30 tengah hari tadi pada usia 69 tahun.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 21, kira-kira 5.50 petang.

 
Back
Top
Log in Register