BTC USD 76,522.5 Gold USD 4,366.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ibu Elfira Loy meninggal dunia

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,513
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,513
Reaction score
1,681
Points
201
14314157994281653-424944.jpg

14314157994281653-424945.jpg


Ibu Elfira Loy meninggal dunia
Affan Rostam

Kuala Lumpur: Pelakon Elfira Loy berkongsi khabar duka pemergian ibu tercinta, Filzah Yusoff, 61, hari ini.


Menerusi hantaran itu, Elfira menyatakan jenazah arwah ibunya sedang diuruskan sebelum dibawa ke Masjid Al Mukhlisin, Alam Damai, Cheras, di sini, hari ini.

"Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dengan penuh dukacita, saya ingin memaklumkan bahawa ibu saya, Hajah Filzah Yusoff, telah kembali ke rahmatullah pada hari ini.

"Jenazah arwah sedang diuruskan dan akan dibawa ke Masjid Al Mukhlisin Alam Damai. Waktu solat jenazah dan pengebumian akan dimaklumkan kemudian," kongsinya.

Pada hantaran sama, Elfira turut memohon orang ramai mendoakan agar dosa arwah diampuni Allah SWT, selain ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

"Mohon sedekahkan al-Fatihah dan doakan agar Allah SWT mengampuni segala dosa arwah, menerima amal ibadatnya, melapangkan serta menerangi kuburnya dan menempatkannya dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

"Semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan dan kesabaran buat seluruh keluarga. Amin ya Rabbal 'alamin," tulis Elfira.

Pada 6 Ogos lalu, Elfira memaklumkan ibunya dijadual dijadual menjalani satu prosedur perubatan berisiko tinggi.

Bagaimanapun, Elfira tidak mendedahkan secara terperinci mengenai tahap kesihatan ibunya, sebaliknya memohon orang ramai mendoakan agar prosedur itu berjalan lancar.


Artikel Harian Metro
 
Back
Top
Log in Register