BTC USD 76,639.3 Gold USD 4,369.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bapa Yana Samsudin meninggal dunia

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,513
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,513
Reaction score
1,681
Points
201
14260592327025157-407503.jpg

14260592327025157-407504.jpg

14260592327025157-407505.jpg


Bapa Yana Samsudin meninggal dunia

Syafil Syazwan Jefri

Kuala Lumpur: Bapa kepada pelakon, Yana Samsudin meninggal dunia pada jam 1.50 tengah hari tadi


Menurut Yana, bapanya yang juga pesara tentera sebelum ini dilaporkan rebah selepas menunaikan solat Maghrib, kelmarin.

"Arwah rebah selepas menunaikan solat Maghrib ketika sedang berzikir sebelum sempat mengakhiri doa pada hari Khamis.

"Selepas menerima rawatan, Allah SWT akhirnya menjemputnya pulang ke sisi-Nya pada hari ini," tulisnya.

Dalam hantaran yang sama, Yana turut meluahkan rasa hiba dan menyifatkan arwah bapanya sebagai seorang lelaki yang paling disayangi dalam hidupnya.

"Muka saya mungkin kelihatan tenang, tetapi hati saya hanya Allah yang tahu. Abah. Terima kasih kerana menjadi ayah yang terbaik buat kami.

"Hari ini, dunia saya kehilangan seorang lelaki yang paling saya sayang. Susuk tubuh lelaki paling awal yang paling saya sayang pergi selamanya," tulisnya.

Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Jamek Yong Peng, Johor untuk disolatkan selepas waktu Isyak malam ini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Yong Peng.


Artikel Harian Metro
 
Back
Top
Log in Register