BTC USD 75,615.1 Gold USD 4,283.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jantung tersumbat, Joey BPR meninggal dunia

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,479
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,479
Reaction score
1,681
Points
201
420840-420840.jpg


Vokalis Joey BPR meninggal dunia

Ibu tunggal cari rezeki lipat baju sambil jaga anak hidap hidrosefalus
"Assalamualaikum w.b.t


"Sama sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah...," katanya menerusi mesej WhatsApp.


"Sampai di hospital doktor sahkan ada pendarahan. Dia juga ada komplikasi jantung tersumbat.

"Benda berlaku terlalu cepat. Joey sangat baik orangnya. Saya bertuah dapat dia.

"Harap sedekahkan Al-Fatihah buatnya," katanya dalam perasaan sedih.
 
420842-420842.jpg


Vokalis Joey BPR meninggal dunia


Kuala Lumpur: Penyanyi kumpulan rock terkenal Bumiputra Rockers iaitu Joey, 63, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur, pagi ini.


Assalamualaikum w.b.t


"Sama sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah...," katanya menerusi mesej WhatsApp.


"Sampai di hospital doktor sahkan ada pendarahan. Dia juga ada komplikasi jantung tersumbat.

"Benda berlaku terlalu cepat. Joey sangat baik orangnya. Saya bertuah dapat dia.

"Harap sedekahkan Al-Fatihah buatnya," katanya dalam perasaan sedih.


Harian metro
 

Jantung tersumbat, Joey BPR meninggal dunia​

7b6eebc2-8fac-4566-9711-319f8f60a261.jpeg

ALLAHYARHAM Joey Joey menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur,(HKL) pukul 8.11 pagi ini.

Jantung tersumbat, Joey BPR meninggal dunia

PETALING JAYA – Vokalis kumpulan rock terkenal Bumiputra Rockers (BPR), Joey, 63, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur,(HKL) pukul 8.11 pagi ini.

Berita duka itu dikongsikan isterinya, Zarinah Zainal menerusi satu hantaran di Facebook.

“Assalamualaikum, saya isteri kepada Johari Mat Rozekhi (Joey BPR) ingin memberitahu bawaha Johari telah kembali kerahmatullah pada 29 Ogos 2026, 8.11 pagi di hospital HKL sebentar tadi,” tulisnya.

Menerusi perkongsian sama, wanita terbabit turut memohon orang ramai mendoakan allahyarham.

“Sama sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah,” katanya.

Difahamkan, suaminya rebah ketika mengadakan persembahan di Laman Santai, Istana Budaya, semalam sebelum dikejarkan ke hospital dengan ambulan.

Zarinah dalam satu kenyataan berkata doktor mengesahkan berlaku pendarahan serta komplikasi jantung tersumbat.

Joey mula aktif di arena muzik bermula era awal 1980-an sehingga sekarang.- KOSMO! ONLINE

==============================

Aduhai, Joey BPR dah pergi buat selamanya. Masa tengok cerita lama dia tu kat IG, sempat lagi bagi salam perginya. Selalu je tengok dia ni suka perform suka2, malas2 nak percaya la pulak cepat sangat.

 

Vokalis BPR Joey Meninggal Dunia Hari Ini​

27bcb5fb3c563078a308e9b0e38733cf6a925bb46adf9


Vokalis kumpulan Bumiputra Rockers (BPR) Johari Mat Rozekhi atau lebih dikenali sebagai Joey BPR, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kira-kira 8.11 pagi tadi.

Setiausaha Agung Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Hafiz Nafiah berkata Allahyarham yang berusia 63 tahun dilaporkan rebah selepas selesai membuat persembahan pada satu acara di ibu negara, malam tadi sebelum dikejarkan ke HKL untuk mendapat rawatan.

Beliau berkata hasil pemeriksaan doktor mendapati terdapat pendarahan di kepala serta komplikasi berkaitan jantung.

Hafiz berkata jenazah Allahyarham masih berada di HKL dan akan dibawa ke Masjid Ukay Perdana, manakala urusan seterusnya akan dimaklumkan kemudian.

Berita pemergian Joey turut dimaklumkan oleh isterinya, Zarinah Zainal, menerusi hantaran di akaun Facebook Allahyarham, hari ini.

Dalam hantaran itu, Zarinah memaklumkan bahawa suaminya telah kembali ke rahmatullah dan memohon orang ramai menyedekahkan bacaan al-Fatihah buat Allahyarham.

Hafiz berkata Joey merupakan antara nama besar yang mewarnai perjalanan muzik rock tanah air sejak era 1980-an, dengan BPR mula aktif pada 1985.

"Joey menjadi antara figura penting yang mengangkat nama BPR sebagai antara kumpulan rock yang mempunyai pengaruh besar dalam industri muzik Malaysia," katanya.

Beliau berkata sepanjang perjalanan karier Joey bersama-sama BPR, penyanyi itu menghasilkan karya yang terus dikenang sehingga kini, antaranya Aku Hanya Serangga, Dari Sinar Mata dan Seribu Tahun Takkan Mungkin.

 

Arwah baik hati, sempat belikan ‘guard’ makanan – Isteri Joey​

JOE-BPR.jpg


"Arwah baik hati, sempat belikan ‘guard’ makanan – Isteri Joey" KUALA LUMPUR – Hanya sempat membawakan dua lagu sebelum rebah, hasrat vokalis kumpulan Bumiputra Rockers (BPR), Allahyarham Joey untuk menghabiskan persembahan Program Laman Santai di Istana Budaya, malam tadi tidak kesampaian.

Isterinya, Zarinah Zainal, 60, berkata, Joey atau nama sebenarnya Johari Mat Rozekhi, 63,sepatutnya menyampaikan tiga lagu namun mula hilang kesimbangan sebelum rebah di atas pentas, sekitar pukul 11 malam.

“Mulanya saya dengan Acong Sweet Child selaku pengacara majlis menyangka dia sekadar hilang imbangan dan mencangkung sebelum berdiri semula.

“Dia kemudian ke belakang pentas meminta air, tetapi keadaannya semakin lemah sebelum terpaksa dipapah pihak pengurusan acara.

“Mujur pihak Istana Budaya menyediakan ambulans di tapak program sebelum arwah terus dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL),” katanya ketika ditemui di Unit Forensik HKL, hari ini.

Menurut Zarinah lagi, suaminya itu masih boleh berbual seketika walaupun keadaannya kurang bermaya.

“Setibanya di HKL, dia ada mengadu pening dan rasa berpusing-pusing. Hasil ujian imbasan CT (CT Scan) mendapati terdapat pendarahan pada bahagian otak,” ujarnya.

Kongsi wanita itu lagi, pendarahan yang dialami Joey adalah di luar jangkaan dan keluarga juga hanya mengetahui mengenai masalah jantung dialaminya, baru-baru ini.

Katanya, arwah sepatutnya menghadiri temu janji untuk pemeriksaan susulan jantung di Hospital Serdang pada 8 September ini.

Mengenai keperibadian teman hidup yang dinikahi lebih sedekad lalu, Zarinah menyifatkan suaminya sebagai seorang insan pemurah dan tidak suka menyusahkan orang lain.

“Dia memang tidak boleh tengok orang susah. Semalam, usai sound check, dia sempat beli makanan untuk pengawal keselamatan.

“Arwah juga pernah maklumkan bermimpi bertemu arwah ibunya, datuk dan neneknya tetapi selalu dia cakap kalau terjadi apa-apa padanya, dia mahu ‘pergi’ dengan mudah. Tak nak susahkan orang,” katanya.

Sementara itu, anak tiri arwah yang juga rapat dengannya, Shazana, 35, berkata, insan dihormatinya itu kebelakangan ini tidak menunjukkan tanda sakit.

“Sebelum naik ke pentas, arwah sempat berjalan mengelilingi pentas sambil memegang tangan cucunya. Dia memang sangat rapat dan memanjakan anak-anak serta cucu.

“Kami pun reda kerana di penghujung hayat dia dalam keadaan ceria, bahkan. di Istana Budaya semalam turut mendapat layanan baik,” katanya.

Allahyarham meninggalkan dua anak lelaki kembar yang menetap di Singapura, empat anak tiri dan cucu.
disahkan menghembuskan nafas terakhir di HKL pukul 8.11 pagi tadi.

Urusan jenazah disempurnakan di Masjid Ukay Perdana, Ampang, manakala solat jenazah akan dilakukan selepas Asar sebelum dikebumikan. – KOSMO! ONLINE
==============================
Alahai, sedih baca kisah arwah Joey BPR ni. Memang pemurah sangat sampai sempat belanja makanan utk guard. Tapi kan, macam scary gak bila dia boleh predict kematian dia sendiri. Harap family dia tabah. 🙏

 

Abang Joey rebah depan mata saya – Acong​

acong-joey-bpr.jpeg

MENGHORMATI keperibadian Allahyarham Joey, penyanyi Acong mengakui cukup terkesan dengan pemergian vokalis kumpulan BPR itu.

"Abang Joey rebah depan mata saya – Acong" PETALING JAYA – Berkongsi duka, penyanyi dan pelakon, Acong Sweet Child menyifatkan Allahyarham Joey sebagai seorang penggiat seni senior yang sentiasa merendah diri serta gemar membantu orang lain.

Menurut pemilik nama sebenar, Ahmad Fauzi Manat, 53, itu, pemergian vokalis kumpulan Bumiputra Rockers (BPR) itu yang rebah di depan matanya ketika beraksi di Istana Budaya malam tadi meninggalkan kesan cukup mendalam di hatinya.

“Arwah memang merendah diri, hanya cakap perkara yang baik-baik. Kalau bersembang dengannya, tiada pun hal tak elok dibualkan, semuanya seronok didengar.

“Sepanjang mengenalinya, beliau sangat baik selain gemar bergurau. Kiranya, tidak kira orang muda atau lebih berumur, semua senang dengannya.

“Sebagai kawan serta teman seperjuangan, memang terasa kehilangannya, apatah lagi arwah rebah depan mata saya,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik, Hospital Kuala Lumpur (HKL), hari ini.

Joey, 63, menghembuskan nafas terakhir di HKL pada pukul 8.11 pagi tadi selepas beberapa jam dikejarkan ke hospital susulan rebah usai menyampaikan dua lagu di Istana Budaya, tengah malam tadi.

“Ditakdirkan malam tadi kami sama-sama terbabit pada program Laman Santai Seni Budaya Pesona Malaysia. Saya jadi pengacara majlis, arwah pula sepatutnya mempersembahkan tiga lagu.

“Sebelum persembahan bermula, Abang Joey (panggilan) menyapa dan memeluk saya di belakang pentas.

“Namun, perubahan mula nampak sewaktu membawakan lagu kedua, Aku Hanya Serangga apabila dia mencangkung tiba-tiba tetapi berdiri semula sebelum ke belakang minta air. Kemudian beliau rebah,” ujarnya.

Bercerita lanjut, Acong berkata, keadaan arwah ketika itu semakin tidak bermaya, sekali gus membuatkannya bersama penyanyi, Nizam Laksamana serta petugas pentas bertindak pantas membawakan kerusi.

“Bila saya tanya ‘Abang nak kerusi tak?’, dia angguk. Nizam Laksamana terus bawa kerusi naik ke pentas untuk arwah duduk.

“Atas nasihat pihak Istana Budaya, kami ambil keputusan untuk hentikan persembahan arwah serta-merta supaya dia dapat berehat,” katanya.

Sambung Acong, arwah kemudian dibawa ke HKL menggunakan ambulans yang sudah disediakan di lokasi persembahan.

Jenazah kini berada Masjid Ukay Perdana, Ampang untuk solat selepas sembahyang Asar di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana. – KOSMO! ONLINE
==============================
Ala, sedihnya dgr pasal Abg Joey ni. Buat persembahan suka2 pun boleh jatuh sakit tiba2. Umur dah 63, jaga kesihatan tu penting sangat. Harap Acong & kawan2 tabah hadapi kehilangan ni 💔.

 

‘2 kali keluar BPR, saya anggap Joey merajuk adik-beradik’​

AWANG-BPR.jpg

TERKEJUT dengan berita kematian Joey, Awang BPR yang menetapo di Johor terus bergegas ke Kuala Lumpur bagi memberi penghormatan terakhir bekas vokalis BPR itu.

"‘2 kali keluar BPR, saya anggap Joey merajuk adik-beradik’" AMPANG – Dua tahun tidak berhubung sebaik Allahyarham Joey keluar daripada kumpulan Bumiputra Rockers (BPR), persahabatan yang terjalin sejak di bangku sekolah tetap tersimpan kemas dalam ingatan rakan seperjuangannya, gitaris Awang BPR.

Awang atau nama sebenarnya, Norzaini Mohammad, 63, berkata, hubungan mereka tidak pernah putus, sebaliknya hanya diumpamakan sebagai merajuk adik-beradik selepas arwah memilih untuk bergerak sendiri buat kali kedua.

“Kami dah macam keluarga, malah kami kenal sebelum BPR ditubuhkan lagi iaitu bermula satu sekolah sejak tingkatan satu di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Jaafar, Johor Bahru.

“Hubungan kami baik, cuma apa yang berlaku hanya dalam kumpulan disebabkan masing-masing ada pendirian. Kami pun sebenarnya tak
pernah bergaduh besar,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online.

Anggota BPR itu bersama rakan sekumpulan lain termasuk Yem Bai (gitar) serta Enal (dram) yang menetap di Johor kini dalam perjalanan ke Kuala Lumpur bagi memberi penghormatan terakhir buat arwah.

Kongsi Awang lagi, berita pemergian arwah itu hanya diketahui selepas dia terjaga dari tidur sejam selepas pemergian Joey iaitu sekitar pukul 9 pagi.

“Saya balik lewat malam selepas bekerja dan tidur sekitar pukul 3 atau 4 pagi bila sedar, saya dapat berita Joey sudah meninggal dunia. Memang terkejut.

“Sekarang kami masih dalam perjalanan dari Johor Bahru dan kini baru melepasi Kulai kerana kesesakan lalu lintas hari ini sangat teruk,” ujarnya

Bercerita mengenai keperibadian Allahyarham, akuinya Joey mudah memberikan kerjasama sepanjang hampir lima dekad mereka berada dalam satu kumpulan.

“Joey seorang yang sangat fleksibel dan kalau bekerjasama memang dia okey. Sepanjang kami bersatu tiada masalah,” ungkapnya.

Tambah pemuzik merangkap komposer itu, kali terakhir mereka membuat persembahan bersama Joey adalah tiga tahun lalu.

Tambahnya, perkara paling diingati adalah kehebatan Allahyarham pula adalah kelebihannyq menguasai pentas dan berinteraksi dengan penonton.

“Joey bagi saya mempunyai ‘stage presence’. Dia pandai kawal serta kuasai pentas. Bila membuat persembahan, dia tahu bagaimana mahu menjaga ‘crowd’.

“Itu kelebihan dia. Selain muzik, dia juga pandai bercakap. Dia memang seorang penghibur yang serba boleh serta bagus,” katanya.

Mengimbau kembali perjalanan Joey bersama BPR, Awang mendedahkan Allahyarham pernah dua kali meninggalkan kumpulan itu, namun perkara berkenaan tidak pernah dianggap sebagai permusuhan.

“Mungkin satu hari nanti kami boleh bersatu semula. Memang ada perancangan, tetapi kami belum sempat buat keputusan. Selepas Joey keluar, dia terus senyap dan tidak menghubungi kami,” ulasnya
.
Dalam pada itu, Awang menjelaskan BPR terpaksa meneruskan perjuangan selepas Joey memilih untuk tidak lagi bersama mereka, termasuk mengambil penyanyi lain bagi memenuhi tuntutan persembahan.

“Bila dia tidak mahu lagi menyanyi dengan BPR, kami teruskan perjuangan dan ambil penyanyi agar dapat terus ‘survive’. Sebelum ini pun apabila buat persembahan di Johor, kami pernah ambil penyanyi lain.

“Apabila Joey buat keputusan tarik diri, kami hormati. Kalau dia mahu kembali, kami juga menanti dengan tangan yang sentiasa terbuka,” ujarnya.

Ditanya mengenai perkembangan kesihatan sahabatnya itu sebelum menghembuskan nafas terakhir, Awang mengakui tidak mengetahui sebarang masalah kesihatan yang dialami Allahyarham, termasuk dakwaan mempunyai masalah jantung.

“Saya tidak tahu mengenai kesihatan dia. Setahu saya, dia tiada sakit jantung. Saya memang tidak pernah dengar mengenai perkara itu,” katanya.

Terdahulu, arwah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pukul 8.11 pagi tadi selepas rebah ketika membuat persembahan pada program Laman Santai di Istana Budaya malam tadi. – KOSMO! ONLINE
==============================
Aduhai, Joey ni pandai betul buat drama sendiri. Fans mesti rindu dia atas pentas kan? Tapi kalau kata nak kembali, kena la buat nyata sikit, jangan setakat acah2 je. Al-fatihah buat arwah.

 

Jenazah Joey selamat dikebumikan​

e5054b1a-25fc-4b04-ad50-13c0216e4614.jpeg

ISTERI Allahyarham Joey, Zarinah Zainal (tudung hitam) menabur bunga mawar di pusara suaminya.

"Jenazah Joey selamat dikebumikan" AMPANG – Jenazah bekas vokalis kumpulan Bumiputra Rockers (BPR), Joey selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana, Ampang, di sini, pukul 5.50 petang tadi.

Pengkebumian Joey atau nama sebenarnya, Johari Mat Rozekhi, 63, diiringi lebih 100 orang kenalan serta sanak saudara termasuk rakan selebriti.

Antara rakan artis yang hadir memberikan penghormatan terakhir ialah Datuk M. Nasir, Datuk Hattan, Sahronizam, Safura Ya’cob, Rozita Rohaizat, Eddie Slam serta Datuk Aziz Bakar.

Begitupun, tiga anggota kumpulan BPR yang tinggal di Johor Bahru tidak sempat sampai ke Ampang berikutan tersangkut dalam kesesakan lalu lintas dalam perjalanan menziarah Allahyarham.

Sebelum itu urusan mandi serta solat jenazah yang diadakan selepas solat asar disempurnakan di Masjid Ukay Perdana.

Allahyarham meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada pukul 8.11 pagi tadi dan doktor mengesahkan berlaku pendarahan otak serta komplikasi jantung.

Isterinya, Zarinah Zainal, 60, yang ditemui Kosmo! Online memaklumkan suaminya rebah ketika menyampaikan lagu kedua pada program Laman Santai di Istana Budaya sekitar pukul 11 malam tadi.

Menyingkap sejarah pembabitan di arena muzik, anak jati Johor itu bersama rakan sekolahnya bergabung menjadi band rock atas inisiatif dilakukan Awang selalu pemain gitar.

Selain Joey serta Yem Bai (Abdul Rahim Mohd Zain) dan Ibrahim Musa (Yem C), mereka mendapatkan khidmat pemain dram, Enal ketika di Kuala Lumpur.

Sejarah perjuangan BPR bermula sebaik mereka bernaung di bawah syarikat milik kumpulan Blues Gang di bawah label Ito Productions dan terhasillah album pertama mereka berjudul Selamat Pagi Malaysia pada 1987.

Antara album yang menyusul selepas itu adalah Bisa diterbitkan Datuk M. Nasir, Kelab Jiwa Luka, Era 90’an, BPR ’97, Akustik & Unplugged serta Semangat Melayu.

Band legenda tersebut popular dengan deretan lagu yang masih menjadi siulan hingga ke hari ini termasuk Seribu Tahun Takkan Mungkin, Harum Subur Di Hati dan Dari Sinar Mata.

Begitupun, menurut Awang, Joey mengambil keputusan keluar daripada kumpulan terbabit bagi bergerak solo lebih dua tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

==============================

Ala Joey, dulu cool gila dgn rambut panjang dia, kan? Teringat performance last dia tu, sedih juga. Mizal nampak OK je kat IG, biasa je hidup dia, moga terus tabah. 😅 #nostalgiaBPR

 
Back
Top
Log in Register