BTC USD 64,283.2 Gold USD 4,463.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ashraf Sinclair Meninggal Dunia

orang kata bersukan secara heavy belah2 malam pun bahaya, kalo boleh jangan workout 3 jam sebelum tido.

Aku skarang pn takut jgk..umur baru dkt 30... Tapi rasa takut tu ada...sbb ramai jgk org muda meninggal awal...Lagipun aku ni kurang exercise...

Apa yg aku buat skrg, aku pi kerja jalan kaki dan guna public transport..........dah tak naik kereta ...... alhamdulillah hari2 berpeluh jalan kaki. Dah 2 minggu guna public transport & jalan....tapi tak tahu boleh konsisten ke tak.. 😅

dari rumah nak ke stesen mrt = 8 minit jalan kaki
seterusnya pergi ke stesen yg ada pertukaran LRT
dari LRT terus ambil destinasi ke stesen yg dkt dgn tempat kerja...
dari stesen LRT tu pulak untuk ke office = 15 minit jalan kaki

aku tak naik bas, sbb bas lambat tunggu...dengan jem lagi....

so, pergi balik, 46 minit aku berjalan kaki setiap hari...
best ... berpeluh.... duit pun jimat..... aku ambil package rapidKL yg RM100 sebulan..
 
Last edited:
mak aku umo dah 75, tapi Alhamdulillah boleh meniaga kuih lagi kat kampung, boleh kayuh basikal ke masjid lagi.

mak aku dari muda lagi meniaga, memang jenis minat sangat meniaga, jarang sangat cuti, sayang katanya.

aku rasa kalu nak panjang umo, aktiviti harian kena konsisten dari muda sampai tua.
 
Aku skarang pn takut jgk..umur baru dkt 30... Tapi rasa takut tu ada...sbb ramai jgk org muda meninggal awal...Lagipun aku ni kurang exercise...

Apa yg aku buat skrg, aku pi kerja jalan kaki..dah tak naik kereta ...guna public transport.... alhamdulillah hari2 berpeluh jalan kaki. Dah 2 minggu guna public transport....tapi tak tahu boleh konsisten ke tak.. 😅
aku pun rasa exercise cara ni yang terbaik, banyak berjalan, Nabi pun banyak berjalan, dah la jimat duit, tak perlu pun cycling, masuk gym, main futsal, badminton, dan yang heavy2, time2 cuti ok la kot bersukan heavy2 waktu siang hari.
 
Aku skarang pn takut jgk..umur baru dkt 30... Tapi rasa takut tu ada...sbb ramai jgk org muda meninggal awal...Lagipun aku ni kurang exercise...

Apa yg aku buat skrg, aku pi kerja jalan kaki..dah tak naik kereta ...guna public transport.... alhamdulillah hari2 berpeluh jalan kaki. Dah 2 minggu guna public transport....tapi tak tahu boleh konsisten ke tak.. 😅

skrg hp sume dah ade healthy apps.... kt situ sume ade .. steps daily... kalo sehari leh cecah 10k step consider as active... aku skrg dailay target 15k + Running... tp ape2 pun.. 75% kesihatan datang dari mulut kite.. ape yg kite makan 90% lg ptg dari exercise.....
 
Astro AWANI
58 min ·
Ahli keluarga dilapor sedang mengurus upacara pengebumian jenazah.
#AWANInews #AWANIpagi #PerginyaAsyrafSinclair



Jenazah Ashraf Sinclair dikebumi di Sandiego Hills
Afiq Ariffin, Astro Awani |
Diterbitkan pada
Februari 18, 2020 10:27 MYT

Facebook Twitter Email


Upacara pengebumian Allahyarham Ashraf dijadual berlangsung di Sandiego Hills pada jam 8:04 pagi waktu Indonesia. -Foto Instagram/@ashrafsinclair

JENAZAH suami penyanyi Bunga Citra Lestari (BCL), Ashraf Sinclair dilaporkan tiba di rumah pengebumian di kawasan Pejaten Barat, Jakarta Selatan, jam 7.33 pagi waktu tempatan.

Menurut sumber yang dihubungi Astro AWANI, BCL keluar dari kenderaan jenazah dengan mata yang sembap.

Jelas sumber lagi, upacara pengebumian suami BCL dijadual berlangsung di Sandiego Hills pada pukul 8:04 pagi waktu Indonesia (9:04 pagi waktu Malaysia).

Ketika ini, kesemua ahli keluarga sedang mengurus upacara pengebumian jenazah.

Ashraf Sinclair meninggal dunia pada awal pagi Selasa kira-kira jam 3.45 waktu tempatan ekoran daripada serangan jantung.

Berita sedih itu disahkan oleh pengurus BCL sendiri, Doddy menerusi perbualan aplikasi WhatsApp.

"Iya (benar meninggal). Serangan jantung," katanya.

Ashraf atau nama sebenarnya Ashraf Daniel Mohammed Sinclair lahir di London, England pada 18 September 1979.

Beliau mengahwini penyanyi Bunga Citra Lestari pada 2008.

Allahyarham juga merupakan abang kepada penyampai radio Mix FM dan pelakon Aishah Sinclair, 39.

 
Harian Metro
1 jam ·
#jakarta إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون Sebaik BCL turun dari van jenazah raut wajahnya kelihatan pucat dan matanya sembab.. http://bit.ly/2u8emaP




Jenazah Ashraf dibawa ke rumah


asr8_1581993051.jpg

ASHRAF Sinclair. FOTO Instagram Ashraf Sinclair
Agensi

JENAZAH pelakon Ashraf Sinclair yang juga suami kepada Bunga Citra Lestari atau BCL tiba di kediaman mereka di kawasan Pejaten Barat, Jakarta Selatan, Jakarta, jam 7.33 pagi tadi (waktu tempatan).

Portal berita Kompas.com melaporkan, sebaik BCL turun dari van jenazah, raut wajahnya kelihatan pucat dan matanya sembab.
Penyanyi lagu Cinta Sejati itu kelihatan berdiam diri dan terus memasuki rumah.

Sementara itu, rumah mereka kini dijaga ketat beberapa petugas yang berpakaian hitam.

Ashraf meninggal dunia 4.51 pagi tadi di Hospital MMC, Jakarta akibat serangan jantung.

 
Sinar Harian
1 jam ·
Difahamkan seluruh keluarga Ashraf termasuk kedua ibu bapanya sedang bersiap dan dijangka akan berlepas ke Jakarta tengah hari nanti.



enazah Ashraf Sinclair akan dikebumikan di Jakarta
AQMAR MUSTAZA | | 18 Februari 2020
626541.jpeg

Paparan skrin perkongsian pengurus Ashraf, Daysz Erlangga memaklumkan berita sedih pemergian pelakon itu.
A
A


BERITA pemergian pelakon dan pengacara, Ashraf Sinclair akibat serangan jantung awal pagi ini ternyata telah mengejutkan ramai.

Pengurus Ashraf iaitu Daysz Erlangga turut mengesahkan berita sedih itu menerusi Insta Story miliknya kurang sejam tadi.

"Dengan hati yang berat, kami umumkan suami kepada Bunga Citra Lestari, bapa kepada Noah Aidan Sinclair iaitu Ashraf Daniel Mohamed Sinclair telah meninggal dunia pada 18 Februari 2020 pada jam 4.51 pagi di MMC Hospital, Jakarta," tulisnya.

Setakat ini, belum ada berita lanjut mengenai pengebumian bintang berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon Ashraf Sinclair meninggal dunia

Sementara itu, adik Ashraf iaitu Aishah Sinclair turut memaklumkan berita sedih kepada pengurusnya, Kajai Priya.

Menurut Kajai, dia mendapat tahu khabar duka tersebut pada awal pagi tadi.
"Aishah hubungi saya awal pagi tadi untuk memaklumkan berita sedih tersebut.
"Setakat ini belum ada info lain dan kami masih menunggu maklumat terkini daripada pihak di Jakarta. Apa yang pasti Ashraf akan dikebumikan di Jakarta," katanya kepada Sinar Harian.

Tambah Kajai, seluruh keluarga Ashraf termasuk kedua ibu bapanya sedang bersiap dan dijangka akan berlepas ke Jakarta tengah hari nanti.

Dalam pada itu, rata-rata peminat dan rakan artis dari Malaysia dan Indonesia sudah mula membanjiri ruang komen di akaun Instagram Ashraf dan Bunga untuk menyampaikan ucapan takziah.

 
Astro AWANI
9 min ·
“Enggak ada (riwayat). Dia sehat banget. Di antara kami semua, dia paling sehat.”
#AWANInews #AWANIpagi #PerginyaAsyrafSinclair



'Ashraf Sinclair sihat, tidak hidap penyakit' - Pengurus Bunga Citra Lestari
Nailah Huda, Agensi |
Diterbitkan pada
Februari 18, 2020 11:36 MYT

Facebook Twitter Email

'Ashraf Sinclair sihat, tidak hidap penyakit' - Pengurus Bunga Citra Lestari

Ashraf Sinclair tidak menghidap sebarang penyakit sebelum meninggal dunia, kata pengurus BCL. -Foto Instagram @ashrafsinclair

PENGGIAT industri seni dan hiburan dikejutkan dengan berita pemergian pelakon terkenal Ashraf Sinclair akibat serangan jantung di Jakarta, Indonesia pada pagi Selasa.

Desas-desus mengenai tahap kesihatan arwah mula diperkatakan apabila pemergiannya boleh dikatakan terlalu awal iaitu pada usia yang baru mencapai 40 tahun.

Namun, menurut pengurus kepada isteri Allahyarham, Bunga Citra Lestari, Ashraf tidak menghidap sebarang penyakit.

“Enggak ada (riwayat). Dia sehat banget. Di antara kami semua, dia paling sehat,” kata Doddy di rumah mayat di Pejaten Barat, Jakarta Selatan dalam laporan berita tempatan Kompas.

Doddy turut meminta agar ahli keluarga, sahabat dan kenalan Allahyarham tabah dalam menghadapi saat duka ini.

Sementara itu, sumber yang dihubungi Astro AWANI memaklumkan upacara pengebumian dijangka berlangsung di Sandiego Hills, Jakarta.


Ashraf atau nama sebenarnya Ashraf Daniel Mohammed Sinclair lahir di London, England pada 18 September 1979.

Beliau mengahwini penyanyi Bunga Citra Lestari pada 2008.

Allahyarham juga merupakan abang kepada penyampai radio Mix FM dan pelakon Aishah Sinclair, 39.

 
Back
Top
Log in Register