BTC USD 75,555.6 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anwar Ucap Tahniah Kepada TH Atas Kejayaan Rangkul Anugerah Labbaitom

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

Anwar Ucap Tahniah Kepada TH Atas Kejayaan Rangkul Anugerah Labbaitom​

e6950dbb29929aed190ad78afc21d8f36a1a7f7d41672

Malaysia terus mengukuhkan reputasinya sebagai penanda aras pengurusan haji dunia apabila Lembaga Tabung Haji (TH) berjaya mempertahankan Anugerah Labbaitom buat kali kelima berturut-turut.

TH turut mengekalkan Diamond Award buat kali kedua pada musim haji 1447H/2026M, iaitu pengiktirafan tertinggi yang diberikan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi kepada institusi pengurusan haji terbaik dunia.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Lembaga Tabung Haji (TH) atas kejayaan meraih Anugerah Labbaitom daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi buat kali kelima berturut-turut.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Anwar berkata kejayaan itu mengiktiraf kecemerlangan Malaysia dalam pengurusan dan kebajikan jemaah haji.

“Kejayaan ini mencerminkan komitmen, profesionalisme dan dedikasi seluruh warga TH serta petugas haji yang sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan terbaik dalam mengurus jemaah haji Malaysia,” kata beliau.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Amal by Malaysia Airlines yang menerima anugerah “Misk Al-Khitam” sebagai penghargaan terhadap kecemerlangan syarikat itu dalam menguruskan prosedur ketibaan jemaah haji bagi musim 1447 Hijrah.

“Pengiktirafan ini membuktikan keupayaan serta kecekapan institusi dan syarikat Malaysia di peringkat antarabangsa. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus memperkukuh mutu perkhidmatan dan mengharumkan nama negara dalam melayani para tetamu Allah SWT,” katanya.

Anugerah Labbaitom merupakan pengiktirafan tahunan yang diberikan kepada pengurus jemaah haji dari seluruh dunia yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam pengurusan haji oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.

 
Adakah dengan menerima anugerah ini akan mengurangkan kos haji muassasah?
 
Back
Top
Log in Register